Monday, November 8, 2010
UKHWAHFILLAH (^-^)
Salam,
Saya dalam fatrah exam ni, hm, tetiba teringat sahabat2 yang rapat dengan saya terutamanya kebaikan2 mereka.Sahabat-sahabat menceriakan hidup kita,kerana mereka sentiasa di samping kita.
Di dalam gambar: Bersama Husna, Ummu, Diyana dan Shafira.
Saya sayang mereka kerana Allah!Mereka dan anda sahabat2 saya ,sesungguhnya kalian amat bermakna dalam hidup saya.
Husna Mohd Zaini merupakan sahabat yang paling rapat sejak di MATRI.
Memang sangat terbias dengan kebaikannya.Semoga Allah redha.Itu lah yang dikatakan kehebatan ukhwahfillah, bersahabat, tetapi dengan matlamat yang sama, kefahaman yang sama,sehingga kan tidak rasa sedikitpun susah untuk meminta tolong sahabatnya itu.Ini perlu kepada proses yang panjang dalam taaruf,yang penting niat IKHLAS dan saling memahami.Yang lebih utama, dari sahabat yang soleh, kita mengutip manfaat dan pengajaran yang berguna.Inilah yang dikatakan biasan amal kebaikan seorang sahabat. Belajar dan mengajarkan antara satu sama lain, dalam jalan yang diredhai.Apabila kita lemah, dia menguatkan dan itulah sebalik nya.Itu tandanya saling memahami. Tapi, persoalannya di tahap itu kah kita?Kita harus faham apa matlamat berukhwah kerana Allah.
Persoalan ukhwah KERANA ALLAH adalah persoalan yang besar, kerana hakikatnya kita,MUSLIM perlu dan saling memerlukan seperti bata2 yang menguatkan/tersusun rapi.(Allah sebut dalam Surah As-Saff-4).Sedari dan yakinilah hakikat bahawa setiap kita punyai kekuatan dan kehebatan yang terbatas dan tersendiri maka tidak mungkin kita mampu untuk kuat seorang2.Dengan kekuatan ukhwah yang terbina, menjadi basis pada kerja-kerja yang lebih besar, atau lebih mudahnya = sinergistik effect pasti terbina untuk maslahat orang-orang sekitar.Analogi mudah: Kerja berkumpulan pasti akan membuahkan hasil yang cepat berbanding kerja berkeseorangan.Ya kan?Tidak dapat dinafikan.
InsyaAllah akan ada entri khusus berkenaan ukhwah yang lebih terperinci.Kali ni post nya hanya apa yang saya rasai dan fahami.Perlu banyak belajar lagi, agar dapat didik diri untuk memahami sahabat2 dan mengahargai mereka selama mereka berada di sisi kita, dan mencorakkan hidup kita pada hari ini.Hargai lah sahabat2 sekitar mu ya.Ada sesuatu yang kita perlu belajar dari mereka.Lebih2 lagi yang membawa kepada kedekatan hati kita dengan Allah.
Oklah,nak sambung pembelajaran.Semoga Allah redha.
Sahabat,
Aku sangat menghargai kalian,
kerana kalian mengajarkan aku untuk merapati Pencipta,
kerana kalian membantu di saat aku memerlukan seseorang,
percaya lah sahabat,
ukhwah kita tiada sedikitpun kepentingan2 peribadi,
melainkan ia mendekatkan kita lebih pada Pencipta,
agar sama2 kita mengharungi derita bersama,
berkorban bersama, sehingga berjaya bersama-sama,
dalam tujuan untuk berjihad di jalanMU,
tidak dinafikan wahai sahabat,
Allah menguji kita di tengah2 kegembiraan bersahabat,
Maka marilah kita muhasabah kembali,
Ia sebenarnya ujian tanda kita perlu sentiasa bersabar dan mengharapkan agar..
Allah menjadi penghubung utama kekuatan hati-hati kita.
Percaya lah sahabat2,
Jika kita tidak mendahului Allah dalam persahabatan,
mana mungkin mudahnya kita menjaga hati, bertoleransi dan memberi dan menerima,
kerana kutakuti,
segala2nya tiada nilai di sisiNYA,
takut2 pengorbanan seorang sahabat yang tidak berpaksikan Allah SWT,
ibarat debu2 yang berterbangan,usaha nya berganda,namun nilaiannya tiada,
Akhir kata wahai sahabat,
Marilah muhasabah diri,koreksi setiap hari,bersihkan hati
bahawa ukhwah yang terbina,
berkekalan hingga ke syurga,
Dengan kehebatan ukhwah,mampu mdekatkan diri dengan Allah SWT,dengan hebatnya
ukhwah kita ,mampu memberi sinergistik effect yang membuka mata sahabat2 sekitarnya,
dan seterusnya, ukhwah kita mampu memberi kekuatan untuk kita sama2 bekerja,
ya, bekerja di JALAN ALLAH.Dalam Dakwah dan Tarbiyah.
Uhibbukifillah sahabat2,
Dengan sahabat2, aku belajar akan kehidupan,
yang pastinya paling besar wahai sahabat,kerana....
KAU merupakan sebahagian rantaian2 kebaikan
yang membawa aku dekat dengan matlamat,
matlamat bersama,
yakni
SYURGA ALLAH SWT.
Wallahuallam.
Sunday, November 7, 2010
VISION OF ALIM MUJAHID
Salam to all,
May Allah bless us.InsyaAllah, as I promised to continue writing on the vision of ALIM MUJAHID.Now, I will begin to share about the vision of it.It is important to know, yes , it is, as our mind will direct us to what's our life should be, n don't forget, we are Muslim student aka a unique teenager which Allah has stated that we are the generation who has the greatest power and capacity to do anything, and even to lead the world, as we are young and full of energy.Logically, if we are old already, there must be some limitation to what's we intend or dream to do.So, let's say to ourselves frequently that we are the special generation that have a kind of potential to even change or lead the world. SO,WE ARE SPECIAL.Feel it! Ya..Hmm, I'm not simply saying or imagining something without an action. This is why we have to know the importance or the significance of acquiring knowledge dunia wal akhirah.If we grab both of them, with the heart that always connecting to Allah SWT(which means,a heart that always hoping Allah will accept our deed and feeling scared if Allah didnt take into account with all the efforts we hv put in.
So, basically, that's introduction before we discuss in futher about the topic.
Ok, back to the topic.
The input originally was from Dr Azizan,dan safiyah dah dengar 2 kali berkenaan topic ini.Tinggal diri sahaja kena selalu diingatkan tentang kewajipan2 untuk melaksanakan apa yang dipelajari.(Im going to discuss in Bahasa ya.Afwan in advance,he)
Persoalan: Macammana nak mencapai Visi Alim Mujahid?
1.TEGUH DALAM AKIDAH
Apabila kita teguh, yakni yakin,jelas dan faham dan mempraktikkan dengn penuh keimanan kewajiban2 Muslim,Teguh ini akan menjauhkan kita dari maksiat malah ia akan menimbulkan rasa BENCI pada maksiat.Kerana kita benar-benar faham bahawasanya maksiat itu merupakan hijab, penghalang utama connection hati kita untuk berhubung dengan Allah.Faham bahawa , dengan maksiat itu ia akan menghalang dan menyukarkan ilmu untuk masuk ke dalam dada.Bagaimana untuk kita mendapatkan ilmu yang bersih dan jelas dari Allah SWT sekiranya dalam keadaan melakukan maksiat.Dan harus disedari maksiat itu bukanlah kita sebut, maksiat yang besar2 sahaja,kita harus jelas dan faham bahawa maksiat terbahagi kepada maksiat kecil dan besar,berburuk sangka,ialah maksiat kecil ya, dan jika dikumpul2kan, akan menjadi besar.Manakala,maksiat besar adalah seperti bercouple,mencuri,berzina.Nauzubillah.Minta-minta kita semua dijauhkan dan diberi kekuatan untuk kembali ke jalan Allah SWT.
-Seperkara yang lainnya,yakinlah bahawa dengan meninggalkan maksiat,ia merupakan syarat-syarat untuk khusyuk.Khusyuk dalam ibadah.MasyaAllah,siapalah tidak mengimpikannya bukan?Oleh itu,apa kuncinya sahabat2?Tentulah IMAN BENTENG atau KUNCI untuk kita meninggalkan maksiat.Jadi, ayuh, re'cas' kan lah dirimu sentiasa.Pastikan dalam keadaan mengingati Allah,secara sedar.Ku mohon kekuatan itu Ya Allah, ya pada kita semua.
-And to conserve or preserve the IMAN, seharusnya kita tidak meninggalkan Tahajjud, Surah Al-Mulk, As-Sajadah.
2. JERNIH DALAM FIKRAH
-Maknanya jelas kefahaman Islam itu sehingga apa-apa perbuatan pun tergantung pada kefahaman yang telah menyubur ke dalam pergaulan dan tindakan sehari-hari. Ini kerana jelas matlamat, yakni MARDHATILLAH,Allah diutamakan, dalam rangka untuk berjaya di akhirat dan yakni dengan mendapat kenikmatan SYURGA ALLAH SWT.
-Bersih fikrah atau kefahaman kita bahawasanya matlamat kita bukan duniawi semata bahkan UKHRAWI yang memandu untuk DUNIAWI dengan sebenar-benar kefahaman dan kesedaran.
-DUNIAWI-kerana kita yakin bahawa Islam memerlukan cerdik pandai, basis dalam memahami Islam serta memanfaati masyarakat yang berada dalam kejahilan.And moga2, cerdik pandai yang kita sama2 kejari bermatlamatkan untuk menyampaikan kemurnian ISLAM,itu tuntutan kita sebagai khalifah Allah,dan sedarilah kita berjaya dengan drive dan noktah bidayah yang benar,yakni dengan kekuatan dari Allah SWT.Itu sebenar2nikmat dalam kejayaan.Yakinilah.
-Realiti hari ini; Ilmu seakan-akan tiada hubungan dengan Allah SWT.Mengapa begitu ya?Kerana ia telah disekularkan oleh orang2 kafir,sehingga kita melihat seolah2 ilmu itu tiada kaitan dengan Allah SWT.Tetapi hakikatnya, marilah sama2 kita menyarungkan kacamata MUSLIM dalam menuntut ilmu,hadiri niat dan always relate it to Allah SWT,rasai kebesaranNYA,fikir2kan keajaiban dan logika nya,subhanallah! Sudah tentu menuntut ilmu kita itu ibadah yang bersih dan meningkatkan KEIMANAN.Maka, mana mungkin kita akan berasa lemah di pertengahan jalan?InsyaAllah,Allah akan memudahkan kita.Syaratnya sahabat2, peliharalah jalan2 menuntut ilmu,pastikan ia bersih dan mematuhi syara',serta always perbaharui niat anda dalam menuntut ilmu NYA.Ingatlah,ilmu itu cahaya ,hanya akan masuk ke hati yang bersih,hati yang mengingati Allah,kerana hati yang bermaksiat merupakan hati yang kotor, pastinya cahaya itu akan terpantul,tidak sesekali dapat tinggal di dalam nya untuk masa yang lama.Itulah ibaratannya.
-Bak kata Dr Azizan: katakanlah :
Saya pandai kerana saya tuntut ilmu untuk MANFAAT ISLAM.
Itu menunjukkan kita lebih memandang yang jauh!Mari sama2 kita jelas matlamat.
3.CEMERLANG AKADEMIK
-Fahami bahawa Islam menuntut kita untuk cemerlang dunia dan akhirat.Begitu banyakkan, dalil2 Al-Quran yang memuliakan orang yang berilmu.Tanpa kecemerlangan, bagaimana daulah Islam dapat terbina?Segalanya dengan ilmu.Sohih bukan?
-Uniknya,kita perlu rasai SENSITIF kalau tidak cemerlang.Wah,perlu didik ni.
-Dan kita harus mengoreksi diri,cari punca kenapa kita tak cemerlang?Find the solution and work it out.Rasai urgensi bahawa kita ini BERMANFAAT pada sekaliannya dengan ILMU.Tapi sahabat2 sekalian, sekiranya kita sudah berusaha sepenuhnya,dan Allah izin sederhana sahaja, bersyukurlah,kerana kita harus yakini, Allah punyai perancangan yang lebih baik pada kita atau tentu hikmah nya Allah letak kita pada tempat yang sesuai dengan kemampuan kita.Berbaik sangka dengan Allah SWT kerana sesungguhnya segala perencanaan hidup kita di tanganNYA.Pokok utama, USAHA,DOA dan TAWAKKAL prioriti kita.Itu kewajiban utama.
-Pesanan utk kita-Doa Al-Ma'thurat kunci kcemerlangan.
4.AKTIF DALAM DAKWAH
-Ini merupakan satu latihan untuk kita berkorban di jalan Allah SWT.Seharusnya, kita jelas,dan jangan sesekali salah faham, berdakwah bukan bermakna kita harus memberi ceramah atau bersyarah di jalan2 misalannya, tetapi hadir dalam majlis Ilmu Islam.Merasai keperluan untuk bersama2 dengan orang yang faham Islam,kerana hakikat orang yang benar2 mengamalkan Islam di dalam kehidupan amat sedikit.
-Ia juga merupakan tanda kita prihatin dengan masalah ummah.
-Contoh realiti hari ini:
kerosakan ummah seperti berzina dan membuang bayi adalah punca kerosakan aqidah dan lemah atau kosongnya IMAN.Seharusnya kita cakna akan isu ini.Minimanya dengan berdoa,maksimanya dengan turut serta memperingatkan masyarakat melalui peribadi kita,misalannya,teguran yang hikmah dan mengajak kembali pada Allah dengan taubat nasuha.Itu satu contoh sahaja.Banyak lagi tujuan kita aktif di dalam kerja-kerja mengembalikan masyarakat kepada Islam yang sebenar.
-Yang utama dan pertama, pembersihan kita dan tujuan kita untuk melibatkan diri kena jelas.Untuk mencari redha Allah semata2.Kita akan sentiasa jelas akan tujuan kita di dunia.Seperti mana badan memerlukan makanan, hati kita juga memerlukan pengisian, dan pengisian itu perlu konsisten agar ia membuahkan pengorbanan kerana kita punyai pandangan ukhrawi yang jelas nun di hadapan sana.
-Kalau kita tidak latih untuk berkorban di jalan Allah SWT daripada sekarang, contohnya dengan memberi ruang masa mengahdiri majlis2 ilmu Islam, yang mana kita faham hasilnya menguatkan dan menjelaskan matlamat hidup kita setelah keluar darinya,percayalah.. kita akan mempunyai kesukaran apabila berumah tangga.Ini merupakan apa yang dikatakan oleh Dr Azizan,haa..sama2 lah kita renungkan,kita semuakan memang di fasa2 itu bukan?
Maknanya mudah; rumahtangga pada pendapat saya merupakan satu institusi yang harus dipandang serius, kerana di dalamnya kita mendapati pertambahan tanggungjawab di kedua2 belah pihak.Si isteri dan suami, selain tanggungjawab biasa yang bertambah,apabila Allah kurniakan cahayamata,tanggungjawab tarbiyatul aulad,yakni mendidik anak2 dgn ISLAM.MasyaAllah,jika tidak biasa berkorban, takut2 terkandas dengan kesibukan biasa seperti menghantar anak ke sekolah, tusyen, dan biasa2 sahaja tanpa menekankan pendidikan Islam sedari kecil.Dan bukankah untuk kekuatan itu, si ibu bapa harus punyai kekuatan dan kefahaman dari pengorbanan2 mereka untuk ISLAM yang konsisten dari dahulu?Mari muhasabah ya, pada yang belum bergelar suami dan isteri.
5.MENGGUNAKAN KERJAYA SEBAGAI WASILAH JIHAD
-Ingatlah bahawa; kerjaya kita walau apapun ia, haruslah mendekatkan diri kita pada Allah SWT(1)-yakni sebgai alat untuk menyumbang pada ISLAM.
Contohnya; sekiranya kita seorang doktor, kita dapat menyumbang pada ISLAM dengan ilmu kita untuk mengajak masyarakat mengenal ISLAM dan berbakti untuk maslahat ummat seperti melibatkan diri dalam program2 kemasyarakatan dan dalam masa yang sama menyampaikan Islam.Pendek kata,kita bersedia untuk ISLAM.Subhanalllah,ia membutuh kan kekuatan yang BESARR dari Allah.Tak terdaya dengan kefahaman yang biasa2.Mohon doa dari Allah agar diberi FAHAM dan ILTIZAM ke tahapan itu.
dan untuk maslahat ISLAM(2)
-Ingatilah diriku dan sahabat-sahabat sekalian, pengorbanan kita ialah untuk kebaikan kita di akhirat.
-Seperti dalam Surah (l-Ankaabut:6)
(Dan barangsiapa berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu untuk dirinya sendiri.Sungguh, Allah Maha Kaya(tidak memerlukan sesuatu) dari seluruh alam)
-Subhanallah,tinggal kita sahaja untuk menghayati ilmu2 yang diperoleh dan mengahdirkan dalam kehidupan sehari2.
Wallahualam.
Semoga bermanfaat ya sahabat2..terutama pada diri saya khususnya.
Sedarilah,
IMAN ITU BUKAN SATU CITA2,ATAU ANGAN2,TETAPI APA YANG BERADA DI DALAM HATI DAN DIBUKTIKAN DENGAN AMALAN.
Doakan bersama-sama.
Semoga Allah redha,Amin.
Friday, November 5, 2010
Permulaan November.
Lama saya tidak mencoret sesuatu, hajat untuk melengkapkan penulisan berkenaan VISION OF ALIM MUJAHID pun bertangguh.Maaf ya, InsyaAllah dengan sedikit pembacaan dan penghayatan dalam kehidupan akan safiyah kongsikan tak lama lagi.Kita sudah di bulan November, masyaAllah, time is running sooo fast, apabila muhasabah kembali, apakah kita sedar dan maksimakan hari- hari yang telah pergi? Dalam keadaan sedarkah kita ini bersungguh-sungguh dalam setiap lapangan kehidupan kita?Dalam ibadah khusus, dalam studi dan aktiviti harian?
~Ni masa ziarah bumi Jordan~
Ya, diakui nak menulis blog pun seharusnya berdisiplin dan terancang dan bersungguh. Barulah ia memungkinkan penambahan ilmu yang konsisten dan istiqamah. Ye tak? InsyaAllah.
Sedikit perkongsian, pada masa ini saya dalam posting Forensic,posting yang menyeronokkan dengan ilmu2 baru dari sudut yang berbeza. Semua subjek punyai kelainan dan keistimewaan ,tinggal kita sahaja yang perlu ada strategi approach yang berbeza-beza. Mudah-mudahan Allah memberkati segala yang saya pelajari. Sungguh Maha Besar Kuasa Allah dalam mencipta dan menetap segala sesuatu. KeUNIKan ciptaan nya yang tidak sama pada setiap manusia membolehkan proses pengecaman, melalui cap jari, DNA profiling, gigi, otot dan tulang.Hmm, dalam CSI pun banyak kan contoh-contoh penyelesaian nya kan, tinggal kita sahaja yang sedar untuk mengaitkan semua itu dengan Allah SWT. Barulah ia meningkatkan keimanan kita.
Dan satu lagi, pejam celik2, minggu depan merupakan fatrah exam. Harus berusaha keras sebelum menduduki peperiksaan. Kalau kita menjadikan studi kita satu kegembiraan dan ruang untuk mengisi dan memanfaati, InsyaAllah masa peperiksaan itu merupakan satu medan untuk kita mengeluarkan dengan kenikmatan dan berkongsi manfaat. Hm, alangkah bagusnya jika minda kita begini setiap masa, gembira menimba ilmu, tanda gembira mendekatkan diri dengan Allah SWT, percayalah sesungguhnya disiplin kita dengan ilmu merupakan disiplin kita dengan Allah, harus sungguh-sungguh mengharapkan keredhaan NYA, agar masa- masa itu merupakan masa yang penuh nikmat, kerana ianya mendekatkan kita dengan Allah SWT.
Jom ubah paradigma kita.Gembiranya...(^-^)Alhamduillah.
Saja berceloteh without tajuk yang khusus, saja untuk update apa-apa yang terbaru berlaku. Hakikatnya, kita semua tak boleh lupa, kita harus menjalankan tanggungjawab kita sebaiknya sebagai HambaAllah, student(belajar sungguh-sungguh kerana Allah), anak(berbuat baik dengan ibuaabah),sahabat(bersahabat dengan sahabat yang baik dan bermanfaat untuk sekaliannya), dan ingatlah kita harus sentiasa dalam meislahkan diri dan bermanfaat,serta mengajak orang lain pada kebaikan.Itulah peribadi yang mulia di sisi Allah SWT.
Segala penyelesaian masalah: ISLAM.Oleh itu, percayalah dan sedarilah kita harus sentiasa dalam path peningkatan keimanan , agar kita tak mudah tertewas dengan sedikit ujian dunia.
Jom serius membina jambatan cintakan ilmu Allah seluruhnya,agar kita lebih cintakan DIA.
Amin ya Allah
Teringat Sebuah hadith mnyebut:
(Ahli syurga akan beramal dengan amalan2 syurga , ahli neraka akan beramal dengan amalan2 ahli neraka)
InsyaAllah, semoga amalan2 kita semua termasuk dalam amalan ahli syurga dengan niat ikhlas lillahi taala.
Tsabatkan hati-hati kami Ya Allah dengan rahmatMU!
Friday, October 8, 2010
Posting Internal Medicine ku.:))
Friday, October 1, 2010
Sedikit Perkongsian...ALIM MUJAHID
Saturday, September 25, 2010
SUMBANGAN kita???
Sahabat-sahabat, pernah kah kita terfikir bahawa hidup kita perlu kepada memberi?atau menyumbang?Konteks yang kita biasa hadapi yakni dengan menerima atau mengecapi nikmat- nikmat kurniaan Allah sehari-hari,antara contohnya kita dilahirkan dalam keluarga Islam, mempunyai ibu abah yang faham dan mampu meyekolahkan kita, menjaga makan pakai kita, mentarbiyah kita, dan dari ibu dan abah atau kesempatan kita di mana-mana lubuk ilmu, kita dapat mengenali Allah SWT, memahami tuntutan- tuntutan Nya dan melaksanakn Nya dalam kehidupan, sehinggakan kehidupan kita terasa sangat tenang dan terasa mempunyai roh dalam melaksana kan amal sehari-hari. Kita berpeluang belajar mengenai Islam , Iman dan Ihsan.Kita belajar ilmu- ilmu NYA. IlmuNYA yang Maha Luas, MasyaAllah!!!. Ya,sungguh, itulah dia fasa menerima. Nikmat yang tak terhitung sepertimana firman Allah SWT dalm Surah Ar-Rahman: " Dan Apakah nikmat Tuhan Mu yang manakah yang engkau mahu dustakan?"
Itu lah dia,dari konteks memberi dan menerima dalam hidup kita yang hanya sekali ini. Subhanallah, konteks atau fasa menerima cukup besar dan tidak terkira.Nikmat yang TERAGUNG ini dari ALLAH SWT yang Maha Kaya, Rabb dan Ilah kita.Dan juga antara kita juga dapat merasai nikmat mempunyai ibu bapa yang soleh dan solehah.Konteks memberi ialah, how we are going to contribute to those who are sacrificing or blessed us with all kind of nikmah?
Benarlah, hukum alam kurniaan Allah SWT jelas cantik dan tersusun.Ianya Seimbang. Ya , seimbang melambangkan kestabilan.Oleh itu ia pasti seimbang kalau menerima dibalas dengan memberi. Kesimpulannya..apakah sumbangan dan tanda kasih kita kepada Allah SWT?
Marilah sama-sama kita muhasabah diri...
Mudahan-mudahan Allah memberi kekuatan untuk kita memahami seterusnya mengukir sebuah perubahan yang bermakna, bukan hanya menyumbang pada Deen kita, malah yang lebih besar agar kita berjaya di SANA!!!
YA,,itulah SYURGA..:)
Amin Ya Rabb..
To be continue...
Thursday, September 23, 2010
Perkongsian MOTIVASI dari abah
TO BE A SPECIAL MUSLIM STUDENT OR WORKERS;
Sunday, January 31, 2010
Nikmat usia:Bergeraklah menepis lesu dan lemah semangat!
~ Harus merencana sesungguhnya masa kurniaan Allah~
Setinggi kesyukuran kupanjatkan pada AllahSWT,atas nikmat usia dan sisa masa yang ada dalam rangka utk saya benar2 berubudiah padaNYA.Alhamduillah.Safi sudahpun berusia 22 tahun pada hari ini.Bermula lah angka baru dalam sejarah lembaran kehidupan yang baru juga,insyaAllah.Alhamduillah,hari kelahiran bagiku merupakan satu titik tolak untuk safi benar2 mengkoreksi diri,muhasabah dan perbaiki segala kekurangan diri.Perhentian muhasabah.Ya,ia muhasabah yang terbesar.Safi yakin,kita semua telahpun berkeyakinan dan berazam dalam tahun baru Islam awal tahun ini,bukan?.Hakikatnya,adakah kita sedang bergerak ke arah kebaikan sentiasa?Senjata kita hanyalah doa, dan juga muhasabah diri bukan?Agar kita dapat berubah menuju kebaikan,dan sekiranya Allah izin mudah untuk melakukannya,dapat trus lagi meningkatkan kebaikan2,insyaAllah.
Semalam,Hari Sabtu,
alhamduillah,Allah izin ibuabah dan adik-beradikku datang menziarahiku.kebetulan abah ada kerja di KL.Bahagianya,Ibuku menghadiahkan safi jam tangan,beserta kata2 doa dan harapan.Sebelum ini pun ibu asyik menelefon,mesejkan kata bermakna sempena Hari Lahirku.
Ibu:"Jazakillah kerana melahirkan safi,membesarkan dalam suasana Islam,dan membentuk peribadi y soleh utkku teladani.Ibu dan abah~jazakillah atas pengorbanan.Safi takkan berhenti berdoa u kalian,dunia akhirat,inshaAllah!"Tak lupa pembakar semangat untuk belajar.Pesanan ibu:Pendorang terkuat u kita belajar sungguh2 kerana Allah SWT:satu2nya adalah IMAN.So,i shud keep nourishing it,and take care of it.Alhamduillah.Back to the story,safi bahagia menghabiskan masa bersama keluarga walaupun sebentar.Kami juga sempat ziarah Ustaz Dahlan di HUKM.Doa tak putus2 safi hadiahkan pada ustaz,semoga Allah sembuhkan murabbiku yang dikasihi.Sebak di dada,hanya Allah yg tahu.Tidak terucap.Semoga Allah permudahkan dan menyembuhkan ustaz.Amin.
Hari ini,31 Januari 2010,yakni hari lahirku,
Hari y berjalan seperti biasa,meneruskan rutinku sebagai hambaAllah,belajar dan menghadiri majlis pengisian hati.Alhamduillah,cukup bahagia.Safi berazam,untuk tidak hanya bergembira biasa seperti sebelum2 nya tetapi gembira yang penuh makna dan dalam keadaan hati yg sedar bahawa,hati ini perlu berhenti melihat diri dan kehidupan dari kaca mata yang Allah SWT kehendaki HambaNYA melihat.Melihat kejayaan di akhirat melebihi dunia y sementara.Safi tak lupa kata2 yang dipetik dari buku 'Menjadi Hamba Rabbani'~
~Kedekatan kita dengan Allah di akhirat ,bergantung pada kadar kedekatan dan kuatnya hubungan kita dengan Allah SWT di dunia.~
Tanpa menjaga Hubungan dengan Rabb kita,mana mungkin dengan mudahnya tergambar akhirat sebagai matlamat kita.Ia akan semakin susah,jauh dan jauh.Nauzubillah.
Nikmat usia,bukan sahaja masa kita bergembira.Perlu ada masa utk kita rancang dan bina strategi u menggapai tahap yang Allah SWT Redha.Sungguhpun demikian,Safi nak kongsi kan sedikit.Realiti kita dalam medan memahami ilmu serta medan amalnya.
Kaitannya dengan nikmat pertambahan usia,hmm..tentunya kita berazam untuk berubah,tetapi bagaimana hasilnya?Adakah sekadar azam?Biasakan kita kata, berdoalah.Ya,itu senjata kita.Namun hakikatnya,kadang2 kita lesu dalam berdoa,tidak meminta dengan sungguh.Inilah keadaan yg kita hadapi sehari2.Kenapa safi kata begitu?Lihatlah suasana sekeliling yang membentuk kita,penuh dengan suasana yang tidak menghidupkan hati.Suasana yang soleh pada hari ini,boleh kita bilang dengan jari sahaja.Dan ia bergantung kepada diri kita u memilih,mahu hadir atau tidak.Sistem pendidikan yang kita pelajari hari ini.Tidak sampai ke hati.Kita lah harus berusaha dan berusaha membangkitkan hati dengan mencari suasana2 soleh.Samada bersahabat dengan sahabat yang soleh,menghadiri ceramah2 agama dengan hati yang berhajat u diproses,dan membaca bahan2 yang soleh.
Solusi yang boleh sama2 kita lihat:
dalam hadith nabi yang diriwayatkan Abu Hurairah:
Siapa yang takut,dia akan berangkat di malam hari dan siapa yang berangkat di malam hari,dia akan sampai ke rumah.Ingatlah sesungguhnya barang dagangan Allah itu mahal,ingatlah barang dagangan Allah itu adalah syurga(HR Tirmidzi)
Penjelasan:Hadis ini meletakkan titik tolak bagi orang yang lemah seperti kita.Orang yang merasakan penting apa yang diinginkan dan merasa takut kehilangannya,tidak akan sesekali menunggu ke pagi.tetapi dia akan segera berjalan di malam hari.Dan yakinlah,sesiapa yang melakukannya,dia pasti akan sampai ke arah tujunya.Dan sahabat2ku, bagaimana pula dengan barang dagangan yang mahal,yakni syurga Allah SWT?Seharusnya kita lebih pantas bersegera dan lebih bersegera,bursaha untuk mendapatkannya,sebagaimana kita bersegera u mendapatkan barang dagangan yang selainnya.
Dan marilah sama2 kita fikirkan,apa yang dapat menghalang kita u mendapat syurga Allah SWT?Jawapannya hanya kematian dan keluar dari cara hidup Islam yang benar.
Kematian-adalah penghancur kenikmatan.Lawannya ialah nikmat umur dan usia yang dipanjangkan.Rugilah jika kita tidak menggunakan sebaiknya dalam mengejar CINTA Allah SWT.
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda:
Banyak-banyakkanlah mengingat penghancur kenikmatan,yaitu kematian.Kerana sesungguhnya tidak seorangpun yang mengingatnya dalam kehidupanyang sempit kecuali Allah membuatnya lapang.Jika tidak mengingatnya dalam kelapangan,nescaya Allah menyempitkan kehidupannya(HR Baihaqi)
Sahabat2ku,
ayuh sama2 kita berusaha memperbaiki diri kita.Nikmat usia merupakan satu titik tolak untuk kita berubah dan berlari menuju kebaikan dan rahmatNYA.
Kata2 dari Allah SWT:
Jika Allah mengetahui ada kebaikan dalam hatimu,nescaya Dia akan memberimu yg lebih baik
(Al-Anfal:70)
Pasakkan selangkah kebaikan di hari bahagiamu..Allah Maha Mengetahui hati2 kita dan pasti ada ganjarannya.Ayuh..melangkah bersama2..:)
Saturday, January 30, 2010
Alhamduillah ala kulli nikmat!
Subhanallah,esok 31 Januari.
usiaku bakal memasuki 22 tahun pada hari esok.Alhamduillah,atas nikmat usia yang Allah panjangkan buatku.Moga2 menjadi satu titik tolak perubahan diriku u menjadi hamba Allah SWT yang lebih soleh dan cemerlang,insyaAllah!mengharapkan doa2 sahabat2 sekalian jua.
Alhamduillah..nikmat bersyukurku atas;
- kemanisan bersyukur pada Allah SWT atas nikmat dipanjangkan umur adalah yang pertama, (nikmat dipanjangkan umur harus dilihat dalam perspektif yang sangat luas).
- kemanisan hidup dalam keluarga yang sentiasa mendoakan di hari lahir kita,esp ibu abah dan saudara2ku.
- kemanisan ukhwah,dan bersahabat kerana Allah SWT, sehingga wujud kasih sayang u menghargai sahabat yang lain dan tak lupa mendoakannya.
Yang terutama,
Panjatkan kesyukuran yang tak terhingga pada Allah SWT dan seterusnya,kekasih kita,Rasulullah SAW ats nikmat IMAN dan ISLAM.Sama-samalh kita merasai bahawa usia ini sangat berharga jika kita sibukkan dengan urusan ALLAH SWT dan menghubungkan setiap suatu urusan,serta mengharapkan hanya REDHANYA..
Ibu, dan abahku..
~jazakillah kerana melahirkanku.Semoga Allah kuatkan imanku untuk berbakti dan mendoakanmu selalu.amin
Nikmat hidup bsama keluarga y soleh..ibu,abah dan juga adik-beradikku.
medan jihadku kini~
InsyaAllah, sharing bahan yang lebih soleh akan menyusul kemudian.
Doakan ya~
Tuesday, January 26, 2010
Dedikasi buatmu sahabat...
AT-TAUBAH-38
Saturday, January 23, 2010
Perkongsian: Prog Motivasi Kecemerlangan bsm Dr Azizan
Safi just nak simpulkan point2 yang dapat from this programme:
Untuk cemerlang,
1.faktor yang paling utama ialah diri sendiri,yang mana penggerak utamanya terletak di hati. sebagai Muslim,penggerak utama kita pastinya adalah IMAN.That's the strongest factor that can push us to study very hard and smart dengan merasai kehadiran Allah SWT.
2.Faktor yang mempengaruhi kita untuk studi ada 2 sahaja.Apa ya?
- Diri sendiri>>Paling utama,kerana di situ adanya hati.Dan apabila kuatnya hati/jiwa, kuatlah seluruhnya
- Persekitaran(Suasana)>>Kalau sahabt studi,kita terdorong utk studi.Dan sebaliknya.
3. Matlamat haruslah jelas. Mahasiswa masakini hanya punya matlamat duniawi sahaja.Melupakan matlamat ukhrawi yang mana kita faham,bhawa studi kita,utk mencari redha Allah.Seterusnya dapat berdakwah dan memanfaatkan ilmu yang kita ada untuk matlamat Islam.Seharusnya, matlamat kita studi untuk dunia dan akhirat!Dan dunia itu hanya wasilah,maka pelihara lah iman kamu dalam perjalanan menuntut ilmu Allah SWT.Nescaya kamu nampak matlamat akhiratmu.
4. Allah dan Rasul adalah keutamaan kita sebelum segala sesuatu.Maka,peliharalah jalan menuntut ilmu,pasti kan ia bersih dan tak melanggar syara'.
5.Katakan pada diri 'Saya tiada masa untuk buang masa'InsyaAllah,masa kita digunakan sebaiknya.
6.Ada 3 komponen dalam dir yang harus kita pelihara:>Jasmani,Aqli,Rohani.Sekiranya seimbang,insyaAllah.
Aqal-harus fikir yang besar2.Contohnya:fikir kecemerlangan kita sebagai doktor pakar yang cemerlang.InsyaAllah,itu yang memandu kita untuk bersungguh2.safi ada terbaca, sahabat2 nabi dahulu,semuanya bercita2 besar.Matlamat mereka,untuk masuk syurga Allah.Dan mereka melaung2kannya setiap hari dalam hati mereka.Tahukah apa kesannya?Aqal yang sentiasa diasak dengan cita2 besar yg positif akan mnguatkan anggota untuk bergerak menujunya.MasyaAllah,sesungguhmya merka benarlah memasuki syurga Allah dengan iman yang benar!Ayuh,didik diri dengan berfikir yang besar2..
Jasmani-Kata2 ibnu Qayyim:Pengukur kekuatan jasmani kita ialah bergantung kepada keadaan kita bangun subuh.Jika masih lalai untuk solat subuh,maka itu petanda jasad kita lemah.lemah iman kita tandanya.Nauzubillah.selain itu, haru kita disiplin beriadhah.Dan makan untuk kesihatan badan.jangan ikut nafsu.
Rohani-solat sunat Dhuha-insyaAllah sihat hati dan aqal kita,Disiplin baca Quran(baca,dengar dan taddabur) dan selawat,istighfar banyak2(membersihkan hati)
~Sekiranya seimbang,insyaAllah emosi,nafsu dapat diurskan dengan baik dengan bantuan Allah SWT.
7.Think positive.Allah SWT akan beri apa yang kita sangkakan.Berbaik sangkalah dengan Allah SWT.
8.Dlam studi,fahamkan dahulu,baru hafal ya!
9.Bersyukur sentiasa.Ddiklah diri.
10.Bersedia mengahadapi cabaran,1)segala yang kita lakukan,sentiasalah mengharapkan bantuan Allah SWT 2)Redhalah setelah kita berusaha
11.Masalah couple juga mempengaruhi kecemerlangan kita.Pada pendapat safi,sebagai seorang Muslim,kita kena tahu perintah dan larangan Allah SWT.Dan Allah SWT telah larang utk mendekatinya lagi,berdasarkan kata2 Allah SWT:Dan janganlah kamu mendekati zina.Inikan pula kita terlibat didalamnya.Nauzubillah.Safi rasa,bila kita berusaha mengetahui dan memenuhi hak2 Allah dengan sunggh2,Allah akan pelihara kita.Bukankah,kita seharusnya mencintai Allah SWT sebelum segala sesuatu.Maka,peliharalah hatimu selaras dengan kehendak Allah.Bersabarlah,Allah lah yang Maha Pengatur segalanya.Kata2 Dr. azizan,kalu ada masalah ini,solusinya1)sekiranya mampu,maka berkahwinlah.2)Jika tidak mampu,maka elakkanlah.kerana ianya akan menambah maksiat dalam hati.Bagaimana nak belajar kerana Allah SWT?Dosa2 akan menjadi hijab antara kita dngan Allah SWT.
12.Lastly.kesimpulannya:KUASAILAH DIRI KITA
Dalam jihad akademik kita;
1-Niat mencari Mardhatillah
2-Komited dengan studi,alim yang contoh.(baik akhlak)
3-Cari peluang untuk mendidik diri
4-Bermanfaat pada sahabat2 dan untuk Deen kita
Wallahualam.
Fastabiqul Khairat!Semoga Allah beri kekuatan untuk beramal dengan ilmu2 yang soleh ini.Amin.
Friday, January 22, 2010
Lonjakan kesyukuran dan keazaman!
Sunday, January 10, 2010
Perkongsian rasa di tahun baru 2010
Kalendarku menunjukkan :Sudahpun Tanggal 10 Januari 2010.
Alhamduillah,terasa nak berkongsi sesuatu tentang rasa hatiku di tahun baru ni.Subhanallah..Cepat sungguh kan masa berlalu?Sampai pada saat ini,saya merasakan seminggu itu berlalu dengan sangat pantas.Sepantas kilat.Detikan hatiku bersuara,bermakna lebih sikit masaku yang ada untuk mengumpul bekalanku bertemu Allah SWT...masyaAllah,apa yang telah aku lakukan?huh,takutnya..ya..Bagaimana kita telah menggunakannya?Adakah banyak kita gunakan dengan sebaiknya,adakah byk tertingkatnya ilmu, amal seterusnya diri kita lebih bermanfaat utk orang sekeliling dan yang paling penting untuk Islam.
Persoalan..macammana nak menjadikan diri kita ni bermanfaat untuk Islam?Tidak dapat tidak,kita perlu berusaha untuk memahami tuntutan Allah SWT pada diri kita, dengan memahami dengan sungguh apa hak-hak Allah SWT pada kita.Tuntutlah ilmu Allah SWT dengan sungguh dan ikhlas.Bagaimana caranya?
1.Serius berhajat nak mengubah diri untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya
2.Cinta untuk menghadiri majlis-majlis ilmu Islam-majlis pengisian rohani
3.Bersahabat dengan sahabat yang soleh/solehah
4.Bersungguh-sungguh dalam tarbiyah diri(melakukan amal wajib dan sunnat dengan penuh keimanan) d byk lagi..
mudah sahaja analoginya..insyaAllah,kita sudah pun sama-sama memahami 3 persoalan yang sangat penting sebagai seorang Muslim,
yakni:
1.Dari mana kita datang?
2.Mengapa kita didatangkan?/Tujuan hidup kita?
3.Kemana kita akan dikembalikan?
Jawapan bagi ketiga-tiga persoalan tersebut adalah Allah SWT.Jelas huraiannya melalui dalil2 naqli dan aqli.
Oleh itu,kita sudah jelas dan faham dengan sungguh2 akan kita ini milik Allah SWT,sepenuhnya dari persoalan-persoalan tadi kan..
dan sesungguhnya,kita sama2 telah faham bhwa hidup di dunia ni merupakan persinggahan sementara untuk mengabdikan diri pada Allah SWT dalam setiap amal perbuatan, dan kita pasti akan kembali bertemu Allah SWT dengan bekalan2 yang telah kita tuai di dunia..masyaAllah...
Jelas sekali , bhwasanya matlamat kita yang bernoktah adalah Hari Akhirat sana...samada kita ditempatkan di syurga atau nauzubillah,neraka.Tapi itulah satu-satunya destinasi hakiki kita.Kita lah berhak memilih jalan hidup kita.Ayuh,pilih dengan sungguh dan sedar...jum melakukan perubahan diri..
Sesungguhnya,Allah SWT Maha Pengasih,
Subhanallah...
Allah SWT tidak menciptakan kita dengan sia-sia.Ada garispanduan yang diberi pada kita.
Kita dihadiahkan dengan 2 hadiah yang sangat-sangat istimewa.Tanda cinta dan kasihnya pada kita.
Yaitu Al-Quran dan Sunnah.
Ya,bertambah2 rasa cintaku padaMU ya Allah,kupanjatkan kesyukuranku atas segala nikmat2MU semasa menulis entri ini.(^-^)
Jika kita sama2 mengambilnya dalam keadaan sedar dan faham serta bersungguh2 dengan jalan yang Allah berikan pada kita ni ,insyaAllah..hati kita pasti beroleh kebahagiaan,ketenangan kerana kita telah berada pada jalan yang lurus dalam perjalanan nak bertemu Allah SWT.Justeru,tidak dapat tidak,kita sentiasa perlu mujahadah hati untuk lebih istiqamah.
Hm..kenapa pula kena mujahadah?
Oh, jawabnya,ia satu kemestian!Kerana ujian itu sentiasa ada,Allah SWT jadikan kita di dunia
dengan panduan yang agung,maka pasti ada cabaran2 dan ujian2 Allah SWT,untuk menguji keimanan kita padaNYA.Apakah kita bergantung harap pada Allah.Semuanya logik kan?Subhanallah...Dalilnya:Allah telah sebut dalam Surah Al-Ankaabut-2.Perhatikanlah.
Mujahadah kita melawan hawa nafsu dan bisikan syaitan.Ayuh mujahadah sahabat!
Tak boleh leka dengan nikmat rehat,kita kena sibukkan diri dengan usaha meningkatkan kefahaman dan iman kita,insyaAllah.InsyaAllah,dari situ kita akan faham sedikit demi sedikit bagaimana nak jdkan diri kita bermanfaat untuk Deen kita.
Sahabatku,segala yang saya ucapkan disini semuanya jelas dalam ayat Quran,yang merupakan kata-kata Allah SWT pada kita.
Pengakhirannya, ayuhlah sama-sama,orakkan langkah kita untuk benar2 jiddiyah dalam menggunakan masa yang ada.Jiddiyah dalam menuntut ilmu akhirat dan ilmu dunia.
Segalanya sbgai bekalan menuju Allah SWT!!!
Oh ALLAH,permudahkanlah jalanku memburu CINTAMU....
Tuesday, January 5, 2010
Muhasabah sejenak.Oh 2010!
Semoga Allah SWT membantu usaha-usahaku,insyaAllah.
InsyaAllah,to be continue with artikel2 kupasanku selepas ini..
Rasa bahagia dan bermakna dapat baca blog sahabat2 sefikrahku..smga aku juga mampu berkongsi sesuatu dengan kalian..iAllah,semuanya bermula dengan diri kita,niat,dan hajat yang besar.Semua dalam pengetahuan Allah SWT.
Ok,saya harus berundur.Buku2 ku melambai2 memanggilku..Alhamduillah,rasa nikmatnya nak mendalami ilmu Allah selepas ini.Doakan diriku ya sahabat2..Memburu cinta dan redha Allah SWT dengan jihad akademikku.
Moga 2010 memancarkan sinar2 yang bermakna dalam rangka utk meningkatkan prestasi dan perubahan diri ke arah menjadi hamba yang lebih diredhai Allah SWT dalam semua aspek kehidupan.InsyaAllah,amin..hmm..tak lama ja nak masuk 22 tahun..sha kata angka yang chumell,hehe..betul juga tu..semoga kita benar2 comel di sisi Allah SWT dalam HDA,sahsiah,dan jihad ilmu kita.Semoga dengan usia 22 tahun tang Allah beri,memampukan kita utk melakukan anjakan paradigma/perubahan yang lebih besar dalam diri kita.
Semoga [Hari ini lebih CEMERLANG dari semalam] yang kita impi2kan setiap hari,menampakkan hasilnya sehari2,ayuh mujahadah..Moga Allah bantu kita semua insyaAllah.
(^-^)Salam perjuangan sahabat2..