Friday, November 5, 2010

Permulaan November.

Assalamualaikum,

Lama saya tidak mencoret sesuatu, hajat untuk melengkapkan penulisan berkenaan VISION OF ALIM MUJAHID pun bertangguh.Maaf ya, InsyaAllah dengan sedikit pembacaan dan penghayatan dalam kehidupan akan safiyah kongsikan tak lama lagi.Kita sudah di bulan November, masyaAllah, time is running sooo fast, apabila muhasabah kembali, apakah kita sedar dan maksimakan hari- hari yang telah pergi? Dalam keadaan sedarkah kita ini bersungguh-sungguh dalam setiap lapangan kehidupan kita?Dalam ibadah khusus, dalam studi dan aktiviti harian?


~Ni masa ziarah bumi Jordan~

Ya, diakui nak menulis blog pun seharusnya berdisiplin dan terancang dan bersungguh. Barulah ia memungkinkan penambahan ilmu yang konsisten dan istiqamah. Ye tak? InsyaAllah.

Sedikit perkongsian, pada masa ini saya dalam posting Forensic,posting yang menyeronokkan dengan ilmu2 baru dari sudut yang berbeza. Semua subjek punyai kelainan dan keistimewaan ,tinggal kita sahaja yang perlu ada strategi approach yang berbeza-beza. Mudah-mudahan Allah memberkati segala yang saya pelajari. Sungguh Maha Besar Kuasa Allah dalam mencipta dan menetap segala sesuatu. KeUNIKan ciptaan nya yang tidak sama pada setiap manusia membolehkan proses pengecaman, melalui cap jari, DNA profiling, gigi, otot dan tulang.Hmm, dalam CSI pun banyak kan contoh-contoh penyelesaian nya kan, tinggal kita sahaja yang sedar untuk mengaitkan semua itu dengan Allah SWT. Barulah ia meningkatkan keimanan kita.

Dan satu lagi, pejam celik2, minggu depan merupakan fatrah exam. Harus berusaha keras sebelum menduduki peperiksaan. Kalau kita menjadikan studi kita satu kegembiraan dan ruang untuk mengisi dan memanfaati, InsyaAllah masa peperiksaan itu merupakan satu medan untuk kita mengeluarkan dengan kenikmatan dan berkongsi manfaat. Hm, alangkah bagusnya jika minda kita begini setiap masa, gembira menimba ilmu, tanda gembira mendekatkan diri dengan Allah SWT, percayalah sesungguhnya disiplin kita dengan ilmu merupakan disiplin kita dengan Allah, harus sungguh-sungguh mengharapkan keredhaan NYA, agar masa- masa itu merupakan masa yang penuh nikmat, kerana ianya mendekatkan kita dengan Allah SWT.

Jom ubah paradigma kita.Gembiranya...(^-^)Alhamduillah.

Saja berceloteh without tajuk yang khusus, saja untuk update apa-apa yang terbaru berlaku. Hakikatnya, kita semua tak boleh lupa, kita harus menjalankan tanggungjawab kita sebaiknya sebagai HambaAllah, student(belajar sungguh-sungguh kerana Allah), anak(berbuat baik dengan ibuaabah),sahabat(bersahabat dengan sahabat yang baik dan bermanfaat untuk sekaliannya), dan ingatlah kita harus sentiasa dalam meislahkan diri dan bermanfaat,serta mengajak orang lain pada kebaikan.Itulah peribadi yang mulia di sisi Allah SWT.
Segala penyelesaian masalah: ISLAM.Oleh itu, percayalah dan sedarilah kita harus sentiasa dalam path peningkatan keimanan , agar kita tak mudah tertewas dengan sedikit ujian dunia.
Jom serius membina jambatan cintakan ilmu Allah seluruhnya,agar kita lebih cintakan DIA.
Amin ya Allah

Teringat Sebuah hadith mnyebut:

(Ahli syurga akan beramal dengan amalan2 syurga , ahli neraka akan beramal dengan amalan2 ahli neraka)

InsyaAllah, semoga amalan2 kita semua termasuk dalam amalan ahli syurga dengan niat ikhlas lillahi taala.
Tsabatkan hati-hati kami Ya Allah dengan rahmatMU!

1 comments:

hood@sunny said...

hehe, yg seronoknya, ilmu forensic dah lama diperkenalkan zaman nabi Yusuf ^__^ canggih kn?

dlm qur'an dah ada~ semua ada, tinggal nk gali dan amalkan sahaja.. huhu

 
Design by Pocket Blogger Templates