Monday, November 8, 2010

UKHWAHFILLAH (^-^)



Salam,

Saya dalam fatrah exam ni, hm, tetiba teringat sahabat2 yang rapat dengan saya terutamanya kebaikan2 mereka.Sahabat-sahabat menceriakan hidup kita,kerana mereka sentiasa di samping kita.

Di dalam gambar: Bersama Husna, Ummu, Diyana dan Shafira.
Saya sayang mereka kerana Allah!Mereka dan anda sahabat2 saya ,sesungguhnya kalian amat bermakna dalam hidup saya.

Husna Mohd Zaini merupakan sahabat yang paling rapat sejak di MATRI.
Memang sangat terbias dengan kebaikannya.Semoga Allah redha.Itu lah yang dikatakan kehebatan ukhwahfillah, bersahabat, tetapi dengan matlamat yang sama, kefahaman yang sama,sehingga kan tidak rasa sedikitpun susah untuk meminta tolong sahabatnya itu.Ini perlu kepada proses yang panjang dalam taaruf,yang penting niat IKHLAS dan saling memahami.Yang lebih utama, dari sahabat yang soleh, kita mengutip manfaat dan pengajaran yang berguna.Inilah yang dikatakan biasan amal kebaikan seorang sahabat. Belajar dan mengajarkan antara satu sama lain, dalam jalan yang diredhai.Apabila kita lemah, dia menguatkan dan itulah sebalik nya.Itu tandanya saling memahami. Tapi, persoalannya di tahap itu kah kita?Kita harus faham apa matlamat berukhwah kerana Allah.

Persoalan ukhwah KERANA ALLAH adalah persoalan yang besar, kerana hakikatnya kita,MUSLIM perlu dan saling memerlukan seperti bata2 yang menguatkan/tersusun rapi.(Allah sebut dalam Surah As-Saff-4).Sedari dan yakinilah hakikat bahawa setiap kita punyai kekuatan dan kehebatan yang terbatas dan tersendiri maka tidak mungkin kita mampu untuk kuat seorang2.Dengan kekuatan ukhwah yang terbina, menjadi basis pada kerja-kerja yang lebih besar, atau lebih mudahnya = sinergistik effect pasti terbina untuk maslahat orang-orang sekitar.Analogi mudah: Kerja berkumpulan pasti akan membuahkan hasil yang cepat berbanding kerja berkeseorangan.Ya kan?Tidak dapat dinafikan.

InsyaAllah akan ada entri khusus berkenaan ukhwah yang lebih terperinci.Kali ni post nya hanya apa yang saya rasai dan fahami.Perlu banyak belajar lagi, agar dapat didik diri untuk memahami sahabat2 dan mengahargai mereka selama mereka berada di sisi kita, dan mencorakkan hidup kita pada hari ini.Hargai lah sahabat2 sekitar mu ya.Ada sesuatu yang kita perlu belajar dari mereka.Lebih2 lagi yang membawa kepada kedekatan hati kita dengan Allah.

Oklah,nak sambung pembelajaran.Semoga Allah redha.

Sahabat,
Aku sangat menghargai kalian,
kerana kalian mengajarkan aku untuk merapati Pencipta,
kerana kalian membantu di saat aku memerlukan seseorang,
percaya lah sahabat,
ukhwah kita tiada sedikitpun kepentingan2 peribadi,
melainkan ia mendekatkan kita lebih pada Pencipta,
agar sama2 kita mengharungi derita bersama,
berkorban bersama, sehingga berjaya bersama-sama,
dalam tujuan untuk berjihad di jalanMU,

tidak dinafikan wahai sahabat,
Allah menguji kita di tengah2 kegembiraan bersahabat,
Maka marilah kita muhasabah kembali,
Ia sebenarnya ujian tanda kita perlu sentiasa bersabar dan mengharapkan agar..
Allah menjadi penghubung utama kekuatan hati-hati kita.

Percaya lah sahabat2,
Jika kita tidak mendahului Allah dalam persahabatan,
mana mungkin mudahnya kita menjaga hati, bertoleransi dan memberi dan menerima,
kerana kutakuti,
segala2nya tiada nilai di sisiNYA,
takut2 pengorbanan seorang sahabat yang tidak berpaksikan Allah SWT,
ibarat debu2 yang berterbangan,usaha nya berganda,namun nilaiannya tiada,

Akhir kata wahai sahabat,
Marilah muhasabah diri,koreksi setiap hari,bersihkan hati
bahawa ukhwah yang terbina,
berkekalan hingga ke syurga,
Dengan kehebatan ukhwah,mampu mdekatkan diri dengan Allah SWT,dengan hebatnya
ukhwah kita ,mampu memberi sinergistik effect yang membuka mata sahabat2 sekitarnya,
dan seterusnya, ukhwah kita mampu memberi kekuatan untuk kita sama2 bekerja,
ya, bekerja di JALAN ALLAH.Dalam Dakwah dan Tarbiyah.

Uhibbukifillah sahabat2,
Dengan sahabat2, aku belajar akan kehidupan,
yang pastinya paling besar wahai sahabat,kerana....
KAU merupakan sebahagian rantaian2 kebaikan
yang membawa aku dekat dengan matlamat,
matlamat bersama,
yakni
SYURGA ALLAH SWT.


Wallahuallam.

2 comments:

hubbulakhirah said...

salam..kak safiah, rindu akk n sahibah2 usim..moga Allah redho slalu=)
Sayang kalian kerana Allah

safiyah ayusof said...

adnin ya..

Rindu sangat padamu.
Semoga kita dapat bersua lagi.
Uhibbukifillah.
:)Semoga Allah pelihara.

 
Design by Pocket Blogger Templates