Sunday, November 7, 2010

VISION OF ALIM MUJAHID




Salam to all,

May Allah bless us.InsyaAllah, as I promised to continue writing on the vision of ALIM MUJAHID.Now, I will begin to share about the vision of it.It is important to know, yes , it is, as our mind will direct us to what's our life should be, n don't forget, we are Muslim student aka a unique teenager which Allah has stated that we are the generation who has the greatest power and capacity to do anything, and even to lead the world, as we are young and full of energy.Logically, if we are old already, there must be some limitation to what's we intend or dream to do.So, let's say to ourselves frequently that we are the special generation that have a kind of potential to even change or lead the world. SO,WE ARE SPECIAL.Feel it! Ya..Hmm, I'm not simply saying or imagining something without an action. This is why we have to know the importance or the significance of acquiring knowledge dunia wal akhirah.If we grab both of them, with the heart that always connecting to Allah SWT(which means,a heart that always hoping Allah will accept our deed and feeling scared if Allah didnt take into account with all the efforts we hv put in.

So, basically, that's introduction before we discuss in futher about the topic.
Ok, back to the topic.
The input originally was from Dr Azizan,dan safiyah dah dengar 2 kali berkenaan topic ini.Tinggal diri sahaja kena selalu diingatkan tentang kewajipan2 untuk melaksanakan apa yang dipelajari.(Im going to discuss in Bahasa ya.Afwan in advance,he)

Persoalan: Macammana nak mencapai Visi Alim Mujahid?

1.TEGUH DALAM AKIDAH
Apabila kita teguh, yakni yakin,jelas dan faham dan mempraktikkan dengn penuh keimanan kewajiban2 Muslim,Teguh ini akan menjauhkan kita dari maksiat malah ia akan menimbulkan rasa BENCI pada maksiat.Kerana kita benar-benar faham bahawasanya maksiat itu merupakan hijab, penghalang utama connection hati kita untuk berhubung dengan Allah.Faham bahawa , dengan maksiat itu ia akan menghalang dan menyukarkan ilmu untuk masuk ke dalam dada.Bagaimana untuk kita mendapatkan ilmu yang bersih dan jelas dari Allah SWT sekiranya dalam keadaan melakukan maksiat.Dan harus disedari maksiat itu bukanlah kita sebut, maksiat yang besar2 sahaja,kita harus jelas dan faham bahawa maksiat terbahagi kepada maksiat kecil dan besar,berburuk sangka,ialah maksiat kecil ya, dan jika dikumpul2kan, akan menjadi besar.Manakala,maksiat besar adalah seperti bercouple,mencuri,berzina.Nauzubillah.Minta-minta kita semua dijauhkan dan diberi kekuatan untuk kembali ke jalan Allah SWT.
-Seperkara yang lainnya,yakinlah bahawa dengan meninggalkan maksiat,ia merupakan syarat-syarat untuk khusyuk.Khusyuk dalam ibadah.MasyaAllah,siapalah tidak mengimpikannya bukan?Oleh itu,apa kuncinya sahabat2?Tentulah IMAN BENTENG atau KUNCI untuk kita meninggalkan maksiat.Jadi, ayuh, re'cas' kan lah dirimu sentiasa.Pastikan dalam keadaan mengingati Allah,secara sedar.Ku mohon kekuatan itu Ya Allah, ya pada kita semua.
-And to conserve or preserve the IMAN, seharusnya kita tidak meninggalkan Tahajjud, Surah Al-Mulk, As-Sajadah.

2. JERNIH DALAM FIKRAH
-Maknanya jelas kefahaman Islam itu sehingga apa-apa perbuatan pun tergantung pada kefahaman yang telah menyubur ke dalam pergaulan dan tindakan sehari-hari. Ini kerana jelas matlamat, yakni MARDHATILLAH,Allah diutamakan, dalam rangka untuk berjaya di akhirat dan yakni dengan mendapat kenikmatan SYURGA ALLAH SWT.
-Bersih fikrah atau kefahaman kita bahawasanya matlamat kita bukan duniawi semata bahkan UKHRAWI yang memandu untuk DUNIAWI dengan sebenar-benar kefahaman dan kesedaran.
-DUNIAWI-kerana kita yakin bahawa Islam memerlukan cerdik pandai, basis dalam memahami Islam serta memanfaati masyarakat yang berada dalam kejahilan.And moga2, cerdik pandai yang kita sama2 kejari bermatlamatkan untuk menyampaikan kemurnian ISLAM,itu tuntutan kita sebagai khalifah Allah,dan sedarilah kita berjaya dengan drive dan noktah bidayah yang benar,yakni dengan kekuatan dari Allah SWT.Itu sebenar2nikmat dalam kejayaan.Yakinilah.
-Realiti hari ini; Ilmu seakan-akan tiada hubungan dengan Allah SWT.Mengapa begitu ya?Kerana ia telah disekularkan oleh orang2 kafir,sehingga kita melihat seolah2 ilmu itu tiada kaitan dengan Allah SWT.Tetapi hakikatnya, marilah sama2 kita menyarungkan kacamata MUSLIM dalam menuntut ilmu,hadiri niat dan always relate it to Allah SWT,rasai kebesaranNYA,fikir2kan keajaiban dan logika nya,subhanallah! Sudah tentu menuntut ilmu kita itu ibadah yang bersih dan meningkatkan KEIMANAN.Maka, mana mungkin kita akan berasa lemah di pertengahan jalan?InsyaAllah,Allah akan memudahkan kita.Syaratnya sahabat2, peliharalah jalan2 menuntut ilmu,pastikan ia bersih dan mematuhi syara',serta always perbaharui niat anda dalam menuntut ilmu NYA.Ingatlah,ilmu itu cahaya ,hanya akan masuk ke hati yang bersih,hati yang mengingati Allah,kerana hati yang bermaksiat merupakan hati yang kotor, pastinya cahaya itu akan terpantul,tidak sesekali dapat tinggal di dalam nya untuk masa yang lama.Itulah ibaratannya.
-Bak kata Dr Azizan: katakanlah :
Saya pandai kerana saya tuntut ilmu untuk MANFAAT ISLAM.
Itu menunjukkan kita lebih memandang yang jauh!Mari sama2 kita jelas matlamat.

3.CEMERLANG AKADEMIK
-Fahami bahawa Islam menuntut kita untuk cemerlang dunia dan akhirat.Begitu banyakkan, dalil2 Al-Quran yang memuliakan orang yang berilmu.Tanpa kecemerlangan, bagaimana daulah Islam dapat terbina?Segalanya dengan ilmu.Sohih bukan?
-Uniknya,kita perlu rasai SENSITIF kalau tidak cemerlang.Wah,perlu didik ni.
-Dan kita harus mengoreksi diri,cari punca kenapa kita tak cemerlang?Find the solution and work it out.Rasai urgensi bahawa kita ini BERMANFAAT pada sekaliannya dengan ILMU.Tapi sahabat2 sekalian, sekiranya kita sudah berusaha sepenuhnya,dan Allah izin sederhana sahaja, bersyukurlah,kerana kita harus yakini, Allah punyai perancangan yang lebih baik pada kita atau tentu hikmah nya Allah letak kita pada tempat yang sesuai dengan kemampuan kita.Berbaik sangka dengan Allah SWT kerana sesungguhnya segala perencanaan hidup kita di tanganNYA.Pokok utama, USAHA,DOA dan TAWAKKAL prioriti kita.Itu kewajiban utama.
-Pesanan utk kita-Doa Al-Ma'thurat kunci kcemerlangan.

4.AKTIF DALAM DAKWAH
-Ini merupakan satu latihan untuk kita berkorban di jalan Allah SWT.Seharusnya, kita jelas,dan jangan sesekali salah faham, berdakwah bukan bermakna kita harus memberi ceramah atau bersyarah di jalan2 misalannya, tetapi hadir dalam majlis Ilmu Islam.Merasai keperluan untuk bersama2 dengan orang yang faham Islam,kerana hakikat orang yang benar2 mengamalkan Islam di dalam kehidupan amat sedikit.
-Ia juga merupakan tanda kita prihatin dengan masalah ummah.
-Contoh realiti hari ini:
kerosakan ummah seperti berzina dan membuang bayi adalah punca kerosakan aqidah dan lemah atau kosongnya IMAN.Seharusnya kita cakna akan isu ini.Minimanya dengan berdoa,maksimanya dengan turut serta memperingatkan masyarakat melalui peribadi kita,misalannya,teguran yang hikmah dan mengajak kembali pada Allah dengan taubat nasuha.Itu satu contoh sahaja.Banyak lagi tujuan kita aktif di dalam kerja-kerja mengembalikan masyarakat kepada Islam yang sebenar.
-Yang utama dan pertama, pembersihan kita dan tujuan kita untuk melibatkan diri kena jelas.Untuk mencari redha Allah semata2.Kita akan sentiasa jelas akan tujuan kita di dunia.Seperti mana badan memerlukan makanan, hati kita juga memerlukan pengisian, dan pengisian itu perlu konsisten agar ia membuahkan pengorbanan kerana kita punyai pandangan ukhrawi yang jelas nun di hadapan sana.
-Kalau kita tidak latih untuk berkorban di jalan Allah SWT daripada sekarang, contohnya dengan memberi ruang masa mengahdiri majlis2 ilmu Islam, yang mana kita faham hasilnya menguatkan dan menjelaskan matlamat hidup kita setelah keluar darinya,percayalah.. kita akan mempunyai kesukaran apabila berumah tangga.Ini merupakan apa yang dikatakan oleh Dr Azizan,haa..sama2 lah kita renungkan,kita semuakan memang di fasa2 itu bukan?
Maknanya mudah; rumahtangga pada pendapat saya merupakan satu institusi yang harus dipandang serius, kerana di dalamnya kita mendapati pertambahan tanggungjawab di kedua2 belah pihak.Si isteri dan suami, selain tanggungjawab biasa yang bertambah,apabila Allah kurniakan cahayamata,tanggungjawab tarbiyatul aulad,yakni mendidik anak2 dgn ISLAM.MasyaAllah,jika tidak biasa berkorban, takut2 terkandas dengan kesibukan biasa seperti menghantar anak ke sekolah, tusyen, dan biasa2 sahaja tanpa menekankan pendidikan Islam sedari kecil.Dan bukankah untuk kekuatan itu, si ibu bapa harus punyai kekuatan dan kefahaman dari pengorbanan2 mereka untuk ISLAM yang konsisten dari dahulu?Mari muhasabah ya, pada yang belum bergelar suami dan isteri.

5.MENGGUNAKAN KERJAYA SEBAGAI WASILAH JIHAD
-Ingatlah bahawa; kerjaya kita walau apapun ia, haruslah mendekatkan diri kita pada Allah SWT(1)-yakni sebgai alat untuk menyumbang pada ISLAM.
Contohnya; sekiranya kita seorang doktor, kita dapat menyumbang pada ISLAM dengan ilmu kita untuk mengajak masyarakat mengenal ISLAM dan berbakti untuk maslahat ummat seperti melibatkan diri dalam program2 kemasyarakatan dan dalam masa yang sama menyampaikan Islam.Pendek kata,kita bersedia untuk ISLAM.Subhanalllah,ia membutuh kan kekuatan yang BESARR dari Allah.Tak terdaya dengan kefahaman yang biasa2.Mohon doa dari Allah agar diberi FAHAM dan ILTIZAM ke tahapan itu.

dan untuk maslahat ISLAM(2)
-Ingatilah diriku dan sahabat-sahabat sekalian, pengorbanan kita ialah untuk kebaikan kita di akhirat.
-Seperti dalam Surah (l-Ankaabut:6)

(Dan barangsiapa berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu untuk dirinya sendiri.Sungguh, Allah Maha Kaya(tidak memerlukan sesuatu) dari seluruh alam)

-Subhanallah,tinggal kita sahaja untuk menghayati ilmu2 yang diperoleh dan mengahdirkan dalam kehidupan sehari2.

Wallahualam.
Semoga bermanfaat ya sahabat2..terutama pada diri saya khususnya.
Sedarilah,

IMAN ITU BUKAN SATU CITA2,ATAU ANGAN2,TETAPI APA YANG BERADA DI DALAM HATI DAN DIBUKTIKAN DENGAN AMALAN.

Doakan bersama-sama.
Semoga Allah redha,Amin.

0 comments:

 
Design by Pocket Blogger Templates