Saturday, January 23, 2010

Perkongsian: Prog Motivasi Kecemerlangan bsm Dr Azizan


Alhamduillah selesai sudah Prog motivasi anjuran JAKSA di USIM pada 23 Jan 2010.


Safi just nak simpulkan point2 yang dapat from this programme:

Untuk cemerlang,



1.faktor yang paling utama ialah diri sendiri,yang mana penggerak utamanya terletak di hati. sebagai Muslim,penggerak utama kita pastinya adalah IMAN.That's the strongest factor that can push us to study very hard and smart dengan merasai kehadiran Allah SWT.

2.Faktor yang mempengaruhi kita untuk studi ada 2 sahaja.Apa ya?


  • Diri sendiri>>Paling utama,kerana di situ adanya hati.Dan apabila kuatnya hati/jiwa, kuatlah seluruhnya

  • Persekitaran(Suasana)>>Kalau sahabt studi,kita terdorong utk studi.Dan sebaliknya.

3. Matlamat haruslah jelas. Mahasiswa masakini hanya punya matlamat duniawi sahaja.Melupakan matlamat ukhrawi yang mana kita faham,bhawa studi kita,utk mencari redha Allah.Seterusnya dapat berdakwah dan memanfaatkan ilmu yang kita ada untuk matlamat Islam.Seharusnya, matlamat kita studi untuk dunia dan akhirat!Dan dunia itu hanya wasilah,maka pelihara lah iman kamu dalam perjalanan menuntut ilmu Allah SWT.Nescaya kamu nampak matlamat akhiratmu.


4. Allah dan Rasul adalah keutamaan kita sebelum segala sesuatu.Maka,peliharalah jalan menuntut ilmu,pasti kan ia bersih dan tak melanggar syara'.


5.Katakan pada diri 'Saya tiada masa untuk buang masa'InsyaAllah,masa kita digunakan sebaiknya.


6.Ada 3 komponen dalam dir yang harus kita pelihara:>Jasmani,Aqli,Rohani.Sekiranya seimbang,insyaAllah.


Aqal-harus fikir yang besar2.Contohnya:fikir kecemerlangan kita sebagai doktor pakar yang cemerlang.InsyaAllah,itu yang memandu kita untuk bersungguh2.safi ada terbaca, sahabat2 nabi dahulu,semuanya bercita2 besar.Matlamat mereka,untuk masuk syurga Allah.Dan mereka melaung2kannya setiap hari dalam hati mereka.Tahukah apa kesannya?Aqal yang sentiasa diasak dengan cita2 besar yg positif akan mnguatkan anggota untuk bergerak menujunya.MasyaAllah,sesungguhmya merka benarlah memasuki syurga Allah dengan iman yang benar!Ayuh,didik diri dengan berfikir yang besar2..


Jasmani-Kata2 ibnu Qayyim:Pengukur kekuatan jasmani kita ialah bergantung kepada keadaan kita bangun subuh.Jika masih lalai untuk solat subuh,maka itu petanda jasad kita lemah.lemah iman kita tandanya.Nauzubillah.selain itu, haru kita disiplin beriadhah.Dan makan untuk kesihatan badan.jangan ikut nafsu.


Rohani-solat sunat Dhuha-insyaAllah sihat hati dan aqal kita,Disiplin baca Quran(baca,dengar dan taddabur) dan selawat,istighfar banyak2(membersihkan hati)


~Sekiranya seimbang,insyaAllah emosi,nafsu dapat diurskan dengan baik dengan bantuan Allah SWT.


7.Think positive.Allah SWT akan beri apa yang kita sangkakan.Berbaik sangkalah dengan Allah SWT.


8.Dlam studi,fahamkan dahulu,baru hafal ya!


9.Bersyukur sentiasa.Ddiklah diri.


10.Bersedia mengahadapi cabaran,1)segala yang kita lakukan,sentiasalah mengharapkan bantuan Allah SWT 2)Redhalah setelah kita berusaha


11.Masalah couple juga mempengaruhi kecemerlangan kita.Pada pendapat safi,sebagai seorang Muslim,kita kena tahu perintah dan larangan Allah SWT.Dan Allah SWT telah larang utk mendekatinya lagi,berdasarkan kata2 Allah SWT:Dan janganlah kamu mendekati zina.Inikan pula kita terlibat didalamnya.Nauzubillah.Safi rasa,bila kita berusaha mengetahui dan memenuhi hak2 Allah dengan sunggh2,Allah akan pelihara kita.Bukankah,kita seharusnya mencintai Allah SWT sebelum segala sesuatu.Maka,peliharalah hatimu selaras dengan kehendak Allah.Bersabarlah,Allah lah yang Maha Pengatur segalanya.Kata2 Dr. azizan,kalu ada masalah ini,solusinya1)sekiranya mampu,maka berkahwinlah.2)Jika tidak mampu,maka elakkanlah.kerana ianya akan menambah maksiat dalam hati.Bagaimana nak belajar kerana Allah SWT?Dosa2 akan menjadi hijab antara kita dngan Allah SWT.


12.Lastly.kesimpulannya:KUASAILAH DIRI KITA


Dalam jihad akademik kita;



1-Niat mencari Mardhatillah


2-Komited dengan studi,alim yang contoh.(baik akhlak)


3-Cari peluang untuk mendidik diri


4-Bermanfaat pada sahabat2 dan untuk Deen kita


Wallahualam.

Fastabiqul Khairat!Semoga Allah beri kekuatan untuk beramal dengan ilmu2 yang soleh ini.Amin.



4 comments:

Atiqah said...

Alhamdulillah perkongsian yg sgt berguna utk tiqah juga..thanks safiah

HafizuddinPirus said...

dah lame tak dengar bisikan semangat dari Dr Azizan..;/

safiyah ayusof said...

to atiqah:

ur welcome atiqah.
Semoga Allah kuatkan kita untuk beramal...

safiyah ayusof said...
This comment has been removed by the author.
 
Design by Pocket Blogger Templates