Sunday, January 31, 2010

Nikmat usia:Bergeraklah menepis lesu dan lemah semangat!

~ Harus merencana sesungguhnya masa kurniaan Allah~

Setinggi kesyukuran kupanjatkan pada AllahSWT,atas nikmat usia dan sisa masa yang ada dalam rangka utk saya benar2 berubudiah padaNYA.Alhamduillah.Safi sudahpun berusia 22 tahun pada hari ini.Bermula lah angka baru dalam sejarah lembaran kehidupan yang baru juga,insyaAllah.

Alhamduillah,hari kelahiran bagiku merupakan satu titik tolak untuk safi benar2 mengkoreksi diri,muhasabah dan perbaiki segala kekurangan diri.Perhentian muhasabah.Ya,ia muhasabah yang terbesar.Safi yakin,kita semua telahpun berkeyakinan dan berazam dalam tahun baru Islam awal tahun ini,bukan?.Hakikatnya,adakah kita sedang bergerak ke arah kebaikan sentiasa?Senjata kita hanyalah doa, dan juga muhasabah diri bukan?Agar kita dapat berubah menuju kebaikan,dan sekiranya Allah izin mudah untuk melakukannya,dapat trus lagi meningkatkan kebaikan2,insyaAllah.

Semalam,Hari Sabtu,

alhamduillah,Allah izin ibuabah dan adik-beradikku datang menziarahiku.kebetulan abah ada kerja di KL.Bahagianya,Ibuku menghadiahkan safi jam tangan,beserta kata2 doa dan harapan.Sebelum ini pun ibu asyik menelefon,mesejkan kata bermakna sempena Hari Lahirku.
Ibu:"Jazakillah kerana melahirkan safi,membesarkan dalam suasana Islam,dan membentuk peribadi y soleh utkku teladani.Ibu dan abah~jazakillah atas pengorbanan.Safi takkan berhenti berdoa u kalian,dunia akhirat,inshaAllah!"Tak lupa pembakar semangat untuk belajar.Pesanan ibu:Pendorang terkuat u kita belajar sungguh2 kerana Allah SWT:satu2nya adalah IMAN.So,i shud keep nourishing it,and take care of it.Alhamduillah.Back to the story,safi bahagia menghabiskan masa bersama keluarga walaupun sebentar.Kami juga sempat ziarah Ustaz Dahlan di HUKM.Doa tak putus2 safi hadiahkan pada ustaz,semoga Allah sembuhkan murabbiku yang dikasihi.Sebak di dada,hanya Allah yg tahu.Tidak terucap.Semoga Allah permudahkan dan menyembuhkan ustaz.Amin.

Hari ini,31 Januari 2010,yakni hari lahirku,

Hari y berjalan seperti biasa,meneruskan rutinku sebagai hambaAllah,belajar dan menghadiri majlis pengisian hati.Alhamduillah,cukup bahagia.Safi berazam,untuk tidak hanya bergembira biasa seperti sebelum2 nya tetapi gembira yang penuh makna dan dalam keadaan hati yg sedar bahawa,hati ini perlu berhenti melihat diri dan kehidupan dari kaca mata yang Allah SWT kehendaki HambaNYA melihat.Melihat kejayaan di akhirat melebihi dunia y sementara.Safi tak lupa kata2 yang dipetik dari buku 'Menjadi Hamba Rabbani'~



~Kedekatan kita dengan Allah di akhirat ,bergantung pada kadar kedekatan dan kuatnya hubungan kita dengan Allah SWT di dunia.~



Tanpa menjaga Hubungan dengan Rabb kita,mana mungkin dengan mudahnya tergambar akhirat sebagai matlamat kita.Ia akan semakin susah,jauh dan jauh.Nauzubillah.

Nikmat usia,bukan sahaja masa kita bergembira.Perlu ada masa utk kita rancang dan bina strategi u menggapai tahap yang Allah SWT Redha.Sungguhpun demikian,Safi nak kongsi kan sedikit.Realiti kita dalam medan memahami ilmu serta medan amalnya.

Kaitannya dengan nikmat pertambahan usia,hmm..tentunya kita berazam untuk berubah,tetapi bagaimana hasilnya?Adakah sekadar azam?Biasakan kita kata, berdoalah.Ya,itu senjata kita.Namun hakikatnya,kadang2 kita lesu dalam berdoa,tidak meminta dengan sungguh.Inilah keadaan yg kita hadapi sehari2.Kenapa safi kata begitu?Lihatlah suasana sekeliling yang membentuk kita,penuh dengan suasana yang tidak menghidupkan hati.Suasana yang soleh pada hari ini,boleh kita bilang dengan jari sahaja.Dan ia bergantung kepada diri kita u memilih,mahu hadir atau tidak.Sistem pendidikan yang kita pelajari hari ini.Tidak sampai ke hati.Kita lah harus berusaha dan berusaha membangkitkan hati dengan mencari suasana2 soleh.Samada bersahabat dengan sahabat yang soleh,menghadiri ceramah2 agama dengan hati yang berhajat u diproses,dan membaca bahan2 yang soleh.

Solusi yang boleh sama2 kita lihat:

dalam hadith nabi yang diriwayatkan Abu Hurairah:


Siapa yang takut,dia akan berangkat di malam hari dan siapa yang berangkat di malam hari,dia akan sampai ke rumah.Ingatlah sesungguhnya barang dagangan Allah itu mahal,ingatlah barang dagangan Allah itu adalah syurga(HR Tirmidzi)


Penjelasan:Hadis ini meletakkan titik tolak bagi orang yang lemah seperti kita.Orang yang merasakan penting apa yang diinginkan dan merasa takut kehilangannya,tidak akan sesekali menunggu ke pagi.tetapi dia akan segera berjalan di malam hari.Dan yakinlah,sesiapa yang melakukannya,dia pasti akan sampai ke arah tujunya.Dan sahabat2ku, bagaimana pula dengan barang dagangan yang mahal,yakni syurga Allah SWT?Seharusnya kita lebih pantas bersegera dan lebih bersegera,bursaha untuk mendapatkannya,sebagaimana kita bersegera u mendapatkan barang dagangan yang selainnya.



Dan marilah sama2 kita fikirkan,apa yang dapat menghalang kita u mendapat syurga Allah SWT?Jawapannya hanya kematian dan keluar dari cara hidup Islam yang benar.

Kematian-adalah penghancur kenikmatan.Lawannya ialah nikmat umur dan usia yang dipanjangkan.Rugilah jika kita tidak menggunakan sebaiknya dalam mengejar CINTA Allah SWT.

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda:

Banyak-banyakkanlah mengingat penghancur kenikmatan,yaitu kematian.Kerana sesungguhnya tidak seorangpun yang mengingatnya dalam kehidupanyang sempit kecuali Allah membuatnya lapang.Jika tidak mengingatnya dalam kelapangan,nescaya Allah menyempitkan kehidupannya(HR Baihaqi)


Sahabat2ku,

ayuh sama2 kita berusaha memperbaiki diri kita.Nikmat usia merupakan satu titik tolak untuk kita berubah dan berlari menuju kebaikan dan rahmatNYA.

Kata2 dari Allah SWT:

Jika Allah mengetahui ada kebaikan dalam hatimu,nescaya Dia akan memberimu yg lebih baik

(Al-Anfal:70)


Pasakkan selangkah kebaikan di hari bahagiamu..Allah Maha Mengetahui hati2 kita dan pasti ada ganjarannya.Ayuh..melangkah bersama2..:)

1 comments:

HafizuddinPirus said...

Selamat berjihad di medan ini..
Semoga Allah Yang Maha Agung menempatkan kita senantiasa dalam barisan prajurit-Nya yang diridhoi, tanpa tersekat oleh "baju dunia"

 
Design by Pocket Blogger Templates