Friday, January 22, 2010

Lonjakan kesyukuran dan keazaman!



1)Alhamduillah. Alhamduillah. Alhamduillah.
MasyaAllah, syukurnya safi, banyak betul nikmat yang Allah dah kurniakan pada kita semua.I just want to update my life in USIM.Dengan keizinan,rahmat dan berkat dari Allah SWT.Allah izin juga Program Motivasi bersama Dr. Azizan Ahmad diadakan di USIM.Semuanya di kendalikan oleh pelajar sendiri melalui JAKSA, Biro Akademik dan Latihan.23 Januari 2010.Hari Sabtu.Am I going to be JAKSA for the next session?Ku Serah pada Allah SWT sahaja.Semoga amalku diterima.amin.


Smoga everthing will turn out very well and smoothly..InshaAllah!

2)51 days to 2nd pro exam.Bermakna lagi 51 hari lagi safi bergelar pelajar tahun 3 Medic.huhu..sedihnya..sebab sangat2 menyayangi all lecturers tahun 3.They are the best!Rasa kasih sangat pada mereka..Alhamduillah,Allah campakkan rasa cinta pada ilmu2NYA dan juga pengajar ilmu tersebut.

Hmm, 51 lagi,jadi bekerja keras lah safi naa untuk mendapatkan hasil yang sangat baik diakhirnya nanti.Yakin dengan Allah.Tunaikan hak2 Allah.Allah pasti bersama-sama.Usah gusar!.


MONOLOG DIRI:

Tetiba terfikir, masyaAllah sekiranyalah kita semua mengetahui jangka hayat kita,tentu kita takkan mensia-siakan masa dalam hidup kita.Melipatganda amal2 soleh,hidup hanya untuk mencari keberkatan Allah,dan matlamat hanya menjurus kepada akhirat.Dunia hanyalah persinggahan yang sementara dan langsung tidak mengelabui kita untuk berjaya di akhirat sana dengan memasuki SYURGA ALLAH.Apabila ditanyakan pada sahabat Rasulullah SAW,yang bernama Harith Ibnu Malik: Apakah bukti keimanan yang sejati? katanya: Dlam amalku,aku sentiasa melihat gambaran syurga dan melihat gambaran neraka serta bersungguh2 dalam kata2 berserta pembuktian amal.

Pesanan pada diri:

Dunia adalah satu-satulah wasilah utk kejayaan di akhirat.Oleh itu,bersungguh2 dalam persinggahan sebentar kita dan bayangkan lah nikmat kejayaan akhirat yang kekal dan selama-lamanya.Harus tempuhi dengan sabar dan redha.Kecilkan lagi skop,jihadku dalm ilmu (oh my pro exam)merupakan jambatanku ke akhirat sana. Semoga studiku yang berjam2 di meja tak melupakan aku akan Allah SWT walaupun sebentar.Pelajarilah ilmu Allah dalam keadaaan sedar akan ilmu2NYA dan pasti,bertambahlah keimanan kamu itu.kerana itu, seharusnya MUSLIM PASTI CEMERLANG!


Tips: Dorongan kuat untuk studi berjam2 di meja: only -IMAN


- So,let's renew it every second,every minutes, everyday.


-Iman itulah menjana ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki.


Ya Allah, kuatkanlah dan permudahkanlah langkahan kakiku dalam jihadku sebagai pelajar Muslim.Ayuh berusaha safiyah!!Jangan sesekali berputus asa.

Doakan safi ya sahabat2 sekalian.

ps: menghitung hari2 terakhir sebagai safi yang berusia 21 tahun.Hu.Sha,zainab hannah,huda,aisyah ruq... kita lebih kurang sebaya ya..Doakan iman kita semakin ampuh hari ke hari..

1 comments:

muhammad syafiq said...

salam ziarah,

ya, dgn bersyukur ditambahkn lg nikmat :)

 
Design by Pocket Blogger Templates