Tuesday, January 26, 2010

Dedikasi buatmu sahabat...

Satu hati..

To 3rd year Medical students,






Dedikasi buat sahabat2 seperjuanganku,(esp to my classmates)


Semoga Allah SWT membantu jihad menuntut ilmu kita bersama.Jangan lupa jadikan ia benar2 sebagai ibadah kita, kerana ia bekal menuju Allah SWT(bersih dan lurus niat). Maka,insyaAllah,kita semua pasti akan bersungguh2 dalam iman..ya betul,dalam iman ya sahabat2ku sekalian.



Hambatan masa dan kerja yang bertali arus, harus menguatkan kita bersama untuk terus mujahadah serta memastikan checkpoint hati kita sentiasa kita lakukan..yakni muhasabah!Kerana muslim mukmin yang muhasabah setiap hari,pasti dia lebih cemerlang dari semalam.



Semoga kita sama2 tak lupa dan dapat didik diri bersama, dan hakikatnya mmg susah,tapi nafsu kita mesti dididik, didik dan didik agar iman kita mengatasi nafsu yang sangat besar itu.


Safi sentiasa mendoakan kejayaan kita bersama ya..Semoga kita sama2 berjaya menjadi doktor yang cemerlang disisi Allah.Kerana,apabila kita cemerlang disisi NYA,pasti kita cemerlang disisi manusia.Akhirat diutamakn,kerana dunia pasti mengekornya.Kerana dunia hanyalah persinggahan kita,tapi tak bermakna kita tidak perlu cemerlang didunia.Itu sudah pasti,kerana ianya satu2nya wasilah,cuma gambaran Akhirat yang lebih besar dan kekal perlu kita yakini dan jelas dalam gambaran akal fikiran kita.InsyaAllah!



Jelas Allah SWT mengkhabarkan pada kita;(banyak lagi ayat2 Allah tentang kelebihan akhirat bbanding dunia)


Wahai orang-orang yang beriman!Mengapa apabila dikatakan pada kamu"Berangkatlah untuk berperang di jalan Allah",kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu?Apakah kamu lebih menyenangi kehidupan di dunia daripada kehidupan di akhirat?Padahal kenikmatan hidup di dunia ini(dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit.
AT-TAUBAH-38



Jadi sahabat-sahabatku,studi kita adalah jihad,ya,satu JIHAD yang menuntut pengorbanan, bermusafir dalam rangka nak mempersiapkan diri kita sebagai seorang yang berilmu.



Maka,sama2 kita menjadikan studi kita sebagai ibadah yang sohih,ikhlas keranaNYA,nescaya insyaAllah,Allah akan timgkatkan kefahaman akan DeenNYA,seterusnya tertingkat iman kita,dalam usaha kita untuk menjadi hamba Allah SWT yang Rabbani,insyaAllah.Jihad y ikhlas,insyaAllah merupakan saham untuk kejayaan kita di akhirat sana!



Okeh, safi nak sambung studi ni..



Sama-sama kita mengorak langkah menjadi y terbaik disisiNYA!


Salam sayang dariku,sahabat2 sekalian.



InsyaAllah kita suma berjaya dalam ProExam:Starting on 15 Mac ni.
:)

~Safiyah~
1071234

0 comments:

 
Design by Pocket Blogger Templates