Friday, March 11, 2011

2011: Sehari-hari yang berlalu...

Saya terfikir dan mula untuk berkongsi sesuatu...Hmm^^

Langkahan demi langkahan dalam perjuangan hidup ini, penuh dengan cabaran,dugaan, kenikmatan, segalanya untuk mematangkan, menyedarkan bahawa diri kita tidak sempurna, diri kita memerlukan yang Maha Kuasa,tapi sedarkah kita?Sedarkah kita akan hakikat ini? Sungguh, Hati kita akan lembut dan bersih hanya dengan kesusahan2..Itulah hakikat yang kita lalui, tidak ISTIQAMAH dalam ibadah2 seharian kita, yang mana merangkumi, apa2 sahaja yang kita lakukan.Belajar, bersahabat, Membaca Quran,Solat Wajib dan Sunat, Makan, Minum dan sebagainya.Istiqamahkah kita dalam perbuatan yang dikatakan tidak terpisah dari merasai bahawa ianya berhubung kait dengan Allah SWT? Oleh itu,Katakan pada diri kita..AYUH ISTIQAMAH!!

Banyak pengajaran dan tarbiyyah Allah SWT pada kita sehari-hari, untuk teguh dan utuh dalam keimanan, tidak dapat tidak, kuncinya ISTIQAMAH lah dengan kebaikan2 dan amal soleh yang kita biasa lakukan.Semoga tertingkat iman dan Taqwa pada Allah SWT.Hakikat yang kita biasa lupa juga, hakikat MUHASABAH. Sebelum tidur, seharusnya, kita muhasabah kembali segala amalan2 yang telah dilakukan.Agar hakikat 'Hari Esok Lebih Cemerlang dari Semalam' benar2 berjalan dalam diri Muslim Mukmin yakni kita sendiri.InsyaAllah.

Daripada pengalaman saya sendiri, alhamduillah, usai sudah Posting Community Health pada bulan 12.2010 dan 1.2011 ini.Sungguh menyeronokkan dan banyak ibrah yang dapat dipelajari. Hakikat toleransi sesama sahabat,komunikasi berkesan, dan latihan bekerja dan bersusah kerana Allah SWT di mana kami harus mengorbankan banyak masa,tenaga bersama2.Inilah saat yang saya rasa bahagia kerana group ini lebih besar daripada biasa,we are 26 all together,alhamduillah.So,we can know the other group more.Untuk posting2 biasa, group saya cuma 12 orang sahaja.
Kesimpulannya: Posting ini mengajar diri saya untuk menghargai setiap kelebihan sahabat2 dan menggunakan kekuatan2 tersebut untuk sebuah kejayaan yang bermakna.Everybody has its own speciality.Misalannya,we need to form our own idea,plan,kreativiti, masuk kampung, collect data,organize a Heatlh Carnival ourselves..Wah..Its a big thing,but Alhamduillah, after all the efforts we hv put in, dan dengan kuasa Allah SWT, Allah memudahkan urusan kami.Exam dan results yang sangat baik.Alhamduillah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Now,Im doing Obstetric Posting,Posting ini hakikatnya membawa saya cukup2 dekat dengan Allah SWT.Terasa dan sanagt merasai,subhanallah.Posting menyelamatkan 2 nyawa,si ibu dan anak, menyambut kelahiran bayi yang putih,suci dan bersih.Peranan ibubapa lah untuk mencorakkan dan mentarbiyyah mereka.Itulah dia, jihad dan pengorbanan seorang ibu.Mula2,saya terasa trauma juga,ada pernah termimpi2,(mana tak nya dok tengok lama si ibu mengerang kesakitan) lama2, alah bisa tegal biasa.Alhamduillah, sangat meguatkan jiwa dan iman.Bertambah kasih pada ibuku dan semua para ibu,Proses itu yang saya sendiri amati adalah proses yang penuh dengan pahala, kerana ia merupakan jihad si ibu untuk melahirkan mujahid dan mujahidah.
Kesimpulannya: Hakikat kita dengan ibubapa.saya sendiri merasai dan cuba meletakkan diri di tempat si ibu, masyaAllah ,tidak terbayang,sangat perit dan sukar di kala menahan kesakitan nak bersalin.Nyawa di hujung tanduk.Difikir2kan, Bgaimana kita pada hari ini dengan ibubapa kita?Adakah kita seorang anak yang taat atau tidak?Terasa sedih dan berdosa mengenangkan kesalahan2 dengan ibu.Insaf,ya sangat insaf.Apakah kita seorang anak yang taat dan bersyukur dengan kesempurnaan fizikal dn akal yang Allah kurniakan?
Marilah sama2 kita muhasabah..Kekuasaan Allah SWT sangat luas.
Semoga apa2 yang saya lalui dapat meningkatkan lagi keimanan saya kepada Allah SWT.
I really enjoy this posting very much!!!
~bersama2 akak2 staffness,JM,Doctor2 di labour room itu sangat menggembirakan, really love to help them,(they are also very helpful and kind) and also the patients,yah,from conducting the deliveries,:shouting;(teran panjang2,sambung lagi,curi nafas,kuatkan semangat,Allah ada,kuat!),cuci2, kemaskan patient and send them to the ward,what a beautiful and memorable experiences!Subhanallah!

Setakat ini sharing saya, semoga Allah mempermudahkan jihad exam which will start end of this month.Semoga ilmu yang dipelajari ada barakah dan rahmat dari Allah SWT.

Selitan..-
Tahun 2011 ini tahun yang bermakna, kerana sahabat2 yang akrab dengan saya iAllah akan mendirikan rumahtangga, saya doakan Moga Allah memberkati pernikahan kalian!Tumpang gembira!Saya sentiasa mendoakan kalian, Sedikit kata dari saya-berdoalah, moga2 dengan baitulmuslim yang terbina ,salahsatunya dapat menyambung generasi2 yang dapat menegakkan Islam,yang Soleh lagi Musleh,ianya bermula dengan diri pasangan, dan juga rantaian doa yang tak pernah putus,doa, ya doa,doa dan doa.
Selamat berbahagia hingga ke syurga!-Khas buat mereka~

(Ucapan ini ada kaitan kan dengan post di atas?^^He he..)
Doakan yang terbaik buat saya ya.Amin.^^

Monday, November 8, 2010

UKHWAHFILLAH (^-^)



Salam,

Saya dalam fatrah exam ni, hm, tetiba teringat sahabat2 yang rapat dengan saya terutamanya kebaikan2 mereka.Sahabat-sahabat menceriakan hidup kita,kerana mereka sentiasa di samping kita.

Di dalam gambar: Bersama Husna, Ummu, Diyana dan Shafira.
Saya sayang mereka kerana Allah!Mereka dan anda sahabat2 saya ,sesungguhnya kalian amat bermakna dalam hidup saya.

Husna Mohd Zaini merupakan sahabat yang paling rapat sejak di MATRI.
Memang sangat terbias dengan kebaikannya.Semoga Allah redha.Itu lah yang dikatakan kehebatan ukhwahfillah, bersahabat, tetapi dengan matlamat yang sama, kefahaman yang sama,sehingga kan tidak rasa sedikitpun susah untuk meminta tolong sahabatnya itu.Ini perlu kepada proses yang panjang dalam taaruf,yang penting niat IKHLAS dan saling memahami.Yang lebih utama, dari sahabat yang soleh, kita mengutip manfaat dan pengajaran yang berguna.Inilah yang dikatakan biasan amal kebaikan seorang sahabat. Belajar dan mengajarkan antara satu sama lain, dalam jalan yang diredhai.Apabila kita lemah, dia menguatkan dan itulah sebalik nya.Itu tandanya saling memahami. Tapi, persoalannya di tahap itu kah kita?Kita harus faham apa matlamat berukhwah kerana Allah.

Persoalan ukhwah KERANA ALLAH adalah persoalan yang besar, kerana hakikatnya kita,MUSLIM perlu dan saling memerlukan seperti bata2 yang menguatkan/tersusun rapi.(Allah sebut dalam Surah As-Saff-4).Sedari dan yakinilah hakikat bahawa setiap kita punyai kekuatan dan kehebatan yang terbatas dan tersendiri maka tidak mungkin kita mampu untuk kuat seorang2.Dengan kekuatan ukhwah yang terbina, menjadi basis pada kerja-kerja yang lebih besar, atau lebih mudahnya = sinergistik effect pasti terbina untuk maslahat orang-orang sekitar.Analogi mudah: Kerja berkumpulan pasti akan membuahkan hasil yang cepat berbanding kerja berkeseorangan.Ya kan?Tidak dapat dinafikan.

InsyaAllah akan ada entri khusus berkenaan ukhwah yang lebih terperinci.Kali ni post nya hanya apa yang saya rasai dan fahami.Perlu banyak belajar lagi, agar dapat didik diri untuk memahami sahabat2 dan mengahargai mereka selama mereka berada di sisi kita, dan mencorakkan hidup kita pada hari ini.Hargai lah sahabat2 sekitar mu ya.Ada sesuatu yang kita perlu belajar dari mereka.Lebih2 lagi yang membawa kepada kedekatan hati kita dengan Allah.

Oklah,nak sambung pembelajaran.Semoga Allah redha.

Sahabat,
Aku sangat menghargai kalian,
kerana kalian mengajarkan aku untuk merapati Pencipta,
kerana kalian membantu di saat aku memerlukan seseorang,
percaya lah sahabat,
ukhwah kita tiada sedikitpun kepentingan2 peribadi,
melainkan ia mendekatkan kita lebih pada Pencipta,
agar sama2 kita mengharungi derita bersama,
berkorban bersama, sehingga berjaya bersama-sama,
dalam tujuan untuk berjihad di jalanMU,

tidak dinafikan wahai sahabat,
Allah menguji kita di tengah2 kegembiraan bersahabat,
Maka marilah kita muhasabah kembali,
Ia sebenarnya ujian tanda kita perlu sentiasa bersabar dan mengharapkan agar..
Allah menjadi penghubung utama kekuatan hati-hati kita.

Percaya lah sahabat2,
Jika kita tidak mendahului Allah dalam persahabatan,
mana mungkin mudahnya kita menjaga hati, bertoleransi dan memberi dan menerima,
kerana kutakuti,
segala2nya tiada nilai di sisiNYA,
takut2 pengorbanan seorang sahabat yang tidak berpaksikan Allah SWT,
ibarat debu2 yang berterbangan,usaha nya berganda,namun nilaiannya tiada,

Akhir kata wahai sahabat,
Marilah muhasabah diri,koreksi setiap hari,bersihkan hati
bahawa ukhwah yang terbina,
berkekalan hingga ke syurga,
Dengan kehebatan ukhwah,mampu mdekatkan diri dengan Allah SWT,dengan hebatnya
ukhwah kita ,mampu memberi sinergistik effect yang membuka mata sahabat2 sekitarnya,
dan seterusnya, ukhwah kita mampu memberi kekuatan untuk kita sama2 bekerja,
ya, bekerja di JALAN ALLAH.Dalam Dakwah dan Tarbiyah.

Uhibbukifillah sahabat2,
Dengan sahabat2, aku belajar akan kehidupan,
yang pastinya paling besar wahai sahabat,kerana....
KAU merupakan sebahagian rantaian2 kebaikan
yang membawa aku dekat dengan matlamat,
matlamat bersama,
yakni
SYURGA ALLAH SWT.


Wallahuallam.

Sunday, November 7, 2010

VISION OF ALIM MUJAHID




Salam to all,

May Allah bless us.InsyaAllah, as I promised to continue writing on the vision of ALIM MUJAHID.Now, I will begin to share about the vision of it.It is important to know, yes , it is, as our mind will direct us to what's our life should be, n don't forget, we are Muslim student aka a unique teenager which Allah has stated that we are the generation who has the greatest power and capacity to do anything, and even to lead the world, as we are young and full of energy.Logically, if we are old already, there must be some limitation to what's we intend or dream to do.So, let's say to ourselves frequently that we are the special generation that have a kind of potential to even change or lead the world. SO,WE ARE SPECIAL.Feel it! Ya..Hmm, I'm not simply saying or imagining something without an action. This is why we have to know the importance or the significance of acquiring knowledge dunia wal akhirah.If we grab both of them, with the heart that always connecting to Allah SWT(which means,a heart that always hoping Allah will accept our deed and feeling scared if Allah didnt take into account with all the efforts we hv put in.

So, basically, that's introduction before we discuss in futher about the topic.
Ok, back to the topic.
The input originally was from Dr Azizan,dan safiyah dah dengar 2 kali berkenaan topic ini.Tinggal diri sahaja kena selalu diingatkan tentang kewajipan2 untuk melaksanakan apa yang dipelajari.(Im going to discuss in Bahasa ya.Afwan in advance,he)

Persoalan: Macammana nak mencapai Visi Alim Mujahid?

1.TEGUH DALAM AKIDAH
Apabila kita teguh, yakni yakin,jelas dan faham dan mempraktikkan dengn penuh keimanan kewajiban2 Muslim,Teguh ini akan menjauhkan kita dari maksiat malah ia akan menimbulkan rasa BENCI pada maksiat.Kerana kita benar-benar faham bahawasanya maksiat itu merupakan hijab, penghalang utama connection hati kita untuk berhubung dengan Allah.Faham bahawa , dengan maksiat itu ia akan menghalang dan menyukarkan ilmu untuk masuk ke dalam dada.Bagaimana untuk kita mendapatkan ilmu yang bersih dan jelas dari Allah SWT sekiranya dalam keadaan melakukan maksiat.Dan harus disedari maksiat itu bukanlah kita sebut, maksiat yang besar2 sahaja,kita harus jelas dan faham bahawa maksiat terbahagi kepada maksiat kecil dan besar,berburuk sangka,ialah maksiat kecil ya, dan jika dikumpul2kan, akan menjadi besar.Manakala,maksiat besar adalah seperti bercouple,mencuri,berzina.Nauzubillah.Minta-minta kita semua dijauhkan dan diberi kekuatan untuk kembali ke jalan Allah SWT.
-Seperkara yang lainnya,yakinlah bahawa dengan meninggalkan maksiat,ia merupakan syarat-syarat untuk khusyuk.Khusyuk dalam ibadah.MasyaAllah,siapalah tidak mengimpikannya bukan?Oleh itu,apa kuncinya sahabat2?Tentulah IMAN BENTENG atau KUNCI untuk kita meninggalkan maksiat.Jadi, ayuh, re'cas' kan lah dirimu sentiasa.Pastikan dalam keadaan mengingati Allah,secara sedar.Ku mohon kekuatan itu Ya Allah, ya pada kita semua.
-And to conserve or preserve the IMAN, seharusnya kita tidak meninggalkan Tahajjud, Surah Al-Mulk, As-Sajadah.

2. JERNIH DALAM FIKRAH
-Maknanya jelas kefahaman Islam itu sehingga apa-apa perbuatan pun tergantung pada kefahaman yang telah menyubur ke dalam pergaulan dan tindakan sehari-hari. Ini kerana jelas matlamat, yakni MARDHATILLAH,Allah diutamakan, dalam rangka untuk berjaya di akhirat dan yakni dengan mendapat kenikmatan SYURGA ALLAH SWT.
-Bersih fikrah atau kefahaman kita bahawasanya matlamat kita bukan duniawi semata bahkan UKHRAWI yang memandu untuk DUNIAWI dengan sebenar-benar kefahaman dan kesedaran.
-DUNIAWI-kerana kita yakin bahawa Islam memerlukan cerdik pandai, basis dalam memahami Islam serta memanfaati masyarakat yang berada dalam kejahilan.And moga2, cerdik pandai yang kita sama2 kejari bermatlamatkan untuk menyampaikan kemurnian ISLAM,itu tuntutan kita sebagai khalifah Allah,dan sedarilah kita berjaya dengan drive dan noktah bidayah yang benar,yakni dengan kekuatan dari Allah SWT.Itu sebenar2nikmat dalam kejayaan.Yakinilah.
-Realiti hari ini; Ilmu seakan-akan tiada hubungan dengan Allah SWT.Mengapa begitu ya?Kerana ia telah disekularkan oleh orang2 kafir,sehingga kita melihat seolah2 ilmu itu tiada kaitan dengan Allah SWT.Tetapi hakikatnya, marilah sama2 kita menyarungkan kacamata MUSLIM dalam menuntut ilmu,hadiri niat dan always relate it to Allah SWT,rasai kebesaranNYA,fikir2kan keajaiban dan logika nya,subhanallah! Sudah tentu menuntut ilmu kita itu ibadah yang bersih dan meningkatkan KEIMANAN.Maka, mana mungkin kita akan berasa lemah di pertengahan jalan?InsyaAllah,Allah akan memudahkan kita.Syaratnya sahabat2, peliharalah jalan2 menuntut ilmu,pastikan ia bersih dan mematuhi syara',serta always perbaharui niat anda dalam menuntut ilmu NYA.Ingatlah,ilmu itu cahaya ,hanya akan masuk ke hati yang bersih,hati yang mengingati Allah,kerana hati yang bermaksiat merupakan hati yang kotor, pastinya cahaya itu akan terpantul,tidak sesekali dapat tinggal di dalam nya untuk masa yang lama.Itulah ibaratannya.
-Bak kata Dr Azizan: katakanlah :
Saya pandai kerana saya tuntut ilmu untuk MANFAAT ISLAM.
Itu menunjukkan kita lebih memandang yang jauh!Mari sama2 kita jelas matlamat.

3.CEMERLANG AKADEMIK
-Fahami bahawa Islam menuntut kita untuk cemerlang dunia dan akhirat.Begitu banyakkan, dalil2 Al-Quran yang memuliakan orang yang berilmu.Tanpa kecemerlangan, bagaimana daulah Islam dapat terbina?Segalanya dengan ilmu.Sohih bukan?
-Uniknya,kita perlu rasai SENSITIF kalau tidak cemerlang.Wah,perlu didik ni.
-Dan kita harus mengoreksi diri,cari punca kenapa kita tak cemerlang?Find the solution and work it out.Rasai urgensi bahawa kita ini BERMANFAAT pada sekaliannya dengan ILMU.Tapi sahabat2 sekalian, sekiranya kita sudah berusaha sepenuhnya,dan Allah izin sederhana sahaja, bersyukurlah,kerana kita harus yakini, Allah punyai perancangan yang lebih baik pada kita atau tentu hikmah nya Allah letak kita pada tempat yang sesuai dengan kemampuan kita.Berbaik sangka dengan Allah SWT kerana sesungguhnya segala perencanaan hidup kita di tanganNYA.Pokok utama, USAHA,DOA dan TAWAKKAL prioriti kita.Itu kewajiban utama.
-Pesanan utk kita-Doa Al-Ma'thurat kunci kcemerlangan.

4.AKTIF DALAM DAKWAH
-Ini merupakan satu latihan untuk kita berkorban di jalan Allah SWT.Seharusnya, kita jelas,dan jangan sesekali salah faham, berdakwah bukan bermakna kita harus memberi ceramah atau bersyarah di jalan2 misalannya, tetapi hadir dalam majlis Ilmu Islam.Merasai keperluan untuk bersama2 dengan orang yang faham Islam,kerana hakikat orang yang benar2 mengamalkan Islam di dalam kehidupan amat sedikit.
-Ia juga merupakan tanda kita prihatin dengan masalah ummah.
-Contoh realiti hari ini:
kerosakan ummah seperti berzina dan membuang bayi adalah punca kerosakan aqidah dan lemah atau kosongnya IMAN.Seharusnya kita cakna akan isu ini.Minimanya dengan berdoa,maksimanya dengan turut serta memperingatkan masyarakat melalui peribadi kita,misalannya,teguran yang hikmah dan mengajak kembali pada Allah dengan taubat nasuha.Itu satu contoh sahaja.Banyak lagi tujuan kita aktif di dalam kerja-kerja mengembalikan masyarakat kepada Islam yang sebenar.
-Yang utama dan pertama, pembersihan kita dan tujuan kita untuk melibatkan diri kena jelas.Untuk mencari redha Allah semata2.Kita akan sentiasa jelas akan tujuan kita di dunia.Seperti mana badan memerlukan makanan, hati kita juga memerlukan pengisian, dan pengisian itu perlu konsisten agar ia membuahkan pengorbanan kerana kita punyai pandangan ukhrawi yang jelas nun di hadapan sana.
-Kalau kita tidak latih untuk berkorban di jalan Allah SWT daripada sekarang, contohnya dengan memberi ruang masa mengahdiri majlis2 ilmu Islam, yang mana kita faham hasilnya menguatkan dan menjelaskan matlamat hidup kita setelah keluar darinya,percayalah.. kita akan mempunyai kesukaran apabila berumah tangga.Ini merupakan apa yang dikatakan oleh Dr Azizan,haa..sama2 lah kita renungkan,kita semuakan memang di fasa2 itu bukan?
Maknanya mudah; rumahtangga pada pendapat saya merupakan satu institusi yang harus dipandang serius, kerana di dalamnya kita mendapati pertambahan tanggungjawab di kedua2 belah pihak.Si isteri dan suami, selain tanggungjawab biasa yang bertambah,apabila Allah kurniakan cahayamata,tanggungjawab tarbiyatul aulad,yakni mendidik anak2 dgn ISLAM.MasyaAllah,jika tidak biasa berkorban, takut2 terkandas dengan kesibukan biasa seperti menghantar anak ke sekolah, tusyen, dan biasa2 sahaja tanpa menekankan pendidikan Islam sedari kecil.Dan bukankah untuk kekuatan itu, si ibu bapa harus punyai kekuatan dan kefahaman dari pengorbanan2 mereka untuk ISLAM yang konsisten dari dahulu?Mari muhasabah ya, pada yang belum bergelar suami dan isteri.

5.MENGGUNAKAN KERJAYA SEBAGAI WASILAH JIHAD
-Ingatlah bahawa; kerjaya kita walau apapun ia, haruslah mendekatkan diri kita pada Allah SWT(1)-yakni sebgai alat untuk menyumbang pada ISLAM.
Contohnya; sekiranya kita seorang doktor, kita dapat menyumbang pada ISLAM dengan ilmu kita untuk mengajak masyarakat mengenal ISLAM dan berbakti untuk maslahat ummat seperti melibatkan diri dalam program2 kemasyarakatan dan dalam masa yang sama menyampaikan Islam.Pendek kata,kita bersedia untuk ISLAM.Subhanalllah,ia membutuh kan kekuatan yang BESARR dari Allah.Tak terdaya dengan kefahaman yang biasa2.Mohon doa dari Allah agar diberi FAHAM dan ILTIZAM ke tahapan itu.

dan untuk maslahat ISLAM(2)
-Ingatilah diriku dan sahabat-sahabat sekalian, pengorbanan kita ialah untuk kebaikan kita di akhirat.
-Seperti dalam Surah (l-Ankaabut:6)

(Dan barangsiapa berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu untuk dirinya sendiri.Sungguh, Allah Maha Kaya(tidak memerlukan sesuatu) dari seluruh alam)

-Subhanallah,tinggal kita sahaja untuk menghayati ilmu2 yang diperoleh dan mengahdirkan dalam kehidupan sehari2.

Wallahualam.
Semoga bermanfaat ya sahabat2..terutama pada diri saya khususnya.
Sedarilah,

IMAN ITU BUKAN SATU CITA2,ATAU ANGAN2,TETAPI APA YANG BERADA DI DALAM HATI DAN DIBUKTIKAN DENGAN AMALAN.

Doakan bersama-sama.
Semoga Allah redha,Amin.

Friday, November 5, 2010

Permulaan November.

Assalamualaikum,

Lama saya tidak mencoret sesuatu, hajat untuk melengkapkan penulisan berkenaan VISION OF ALIM MUJAHID pun bertangguh.Maaf ya, InsyaAllah dengan sedikit pembacaan dan penghayatan dalam kehidupan akan safiyah kongsikan tak lama lagi.Kita sudah di bulan November, masyaAllah, time is running sooo fast, apabila muhasabah kembali, apakah kita sedar dan maksimakan hari- hari yang telah pergi? Dalam keadaan sedarkah kita ini bersungguh-sungguh dalam setiap lapangan kehidupan kita?Dalam ibadah khusus, dalam studi dan aktiviti harian?


~Ni masa ziarah bumi Jordan~

Ya, diakui nak menulis blog pun seharusnya berdisiplin dan terancang dan bersungguh. Barulah ia memungkinkan penambahan ilmu yang konsisten dan istiqamah. Ye tak? InsyaAllah.

Sedikit perkongsian, pada masa ini saya dalam posting Forensic,posting yang menyeronokkan dengan ilmu2 baru dari sudut yang berbeza. Semua subjek punyai kelainan dan keistimewaan ,tinggal kita sahaja yang perlu ada strategi approach yang berbeza-beza. Mudah-mudahan Allah memberkati segala yang saya pelajari. Sungguh Maha Besar Kuasa Allah dalam mencipta dan menetap segala sesuatu. KeUNIKan ciptaan nya yang tidak sama pada setiap manusia membolehkan proses pengecaman, melalui cap jari, DNA profiling, gigi, otot dan tulang.Hmm, dalam CSI pun banyak kan contoh-contoh penyelesaian nya kan, tinggal kita sahaja yang sedar untuk mengaitkan semua itu dengan Allah SWT. Barulah ia meningkatkan keimanan kita.

Dan satu lagi, pejam celik2, minggu depan merupakan fatrah exam. Harus berusaha keras sebelum menduduki peperiksaan. Kalau kita menjadikan studi kita satu kegembiraan dan ruang untuk mengisi dan memanfaati, InsyaAllah masa peperiksaan itu merupakan satu medan untuk kita mengeluarkan dengan kenikmatan dan berkongsi manfaat. Hm, alangkah bagusnya jika minda kita begini setiap masa, gembira menimba ilmu, tanda gembira mendekatkan diri dengan Allah SWT, percayalah sesungguhnya disiplin kita dengan ilmu merupakan disiplin kita dengan Allah, harus sungguh-sungguh mengharapkan keredhaan NYA, agar masa- masa itu merupakan masa yang penuh nikmat, kerana ianya mendekatkan kita dengan Allah SWT.

Jom ubah paradigma kita.Gembiranya...(^-^)Alhamduillah.

Saja berceloteh without tajuk yang khusus, saja untuk update apa-apa yang terbaru berlaku. Hakikatnya, kita semua tak boleh lupa, kita harus menjalankan tanggungjawab kita sebaiknya sebagai HambaAllah, student(belajar sungguh-sungguh kerana Allah), anak(berbuat baik dengan ibuaabah),sahabat(bersahabat dengan sahabat yang baik dan bermanfaat untuk sekaliannya), dan ingatlah kita harus sentiasa dalam meislahkan diri dan bermanfaat,serta mengajak orang lain pada kebaikan.Itulah peribadi yang mulia di sisi Allah SWT.
Segala penyelesaian masalah: ISLAM.Oleh itu, percayalah dan sedarilah kita harus sentiasa dalam path peningkatan keimanan , agar kita tak mudah tertewas dengan sedikit ujian dunia.
Jom serius membina jambatan cintakan ilmu Allah seluruhnya,agar kita lebih cintakan DIA.
Amin ya Allah

Teringat Sebuah hadith mnyebut:

(Ahli syurga akan beramal dengan amalan2 syurga , ahli neraka akan beramal dengan amalan2 ahli neraka)

InsyaAllah, semoga amalan2 kita semua termasuk dalam amalan ahli syurga dengan niat ikhlas lillahi taala.
Tsabatkan hati-hati kami Ya Allah dengan rahmatMU!

Friday, October 8, 2010

Posting Internal Medicine ku.:))




Alhamduillah atas nikmat-nikmatMu Ya Allah yang tak terhingga...Nikmat untuk merasai peluang dan kesempatan as a medical student, memang sesuatu yang sangat-sangat disyukuri.Banyak kali je safiyah bertanyakan pada diri, betul ke safiyah ni nak jadi doktor ye?Hmm...selepas form 5, memang hajat nak jadi doktor kerana memang ada perasaan suka membantu,selain itu, diri sendiri melihat banyak figure2 contoh yang hebat iaitu daripada bidang kedoktoran,


Benarlah..,sumbangan seorang doktor sangat berharga, kerana doktor sememangnya dihormati, and apabila ditambah dengan kepakaran serta yang lebih utama kefahaman dan urgensi untuk menyampaikan kebaikan dan ajak masyarakat kepada Islam, that's the precious opprtunity given by Allah SWT, if Allah SWT telah meletakkan kita di posisi itu. Yakini lah sahabat- sahabat doktor ku sekalian, kita bukan sahaja dberi peluang untuk mengubati penyakit, malah mengubati hati-hati mereka. MasyaAllah..Untuk itu, setelah kita maklum akan kesan kita kepada mereka, we all really need to equip ourselves with ilmu2 Islam. Itu satu tanggungjawab yang BESAR buat kita.InsyaAllah...May our path will be guided by Allah SWT until we meet HIM.


Pengalaman ku di posting Internal Medicine sangat berharga. Sekejap je rasa masa berlalu, dah nak exam.Selalu ja, muhasabah...what have I done within that time??MasyaAllah...

Clerking patient pagi-pagi amat menyeronokkan, segalanya penuh dengan pengajaran, dan jika sesuai disisipkan nasihat- nasihat berguna, ya, saya takkan lepaskan peluang itu. kemudian saya akan cuba sedaya untuk alert during wardrounds, asking questions to the MOs, or HOs, dengan specialists, jarang sikit la sebab kebanyakannya sibuk dan nak kejar masa, usually we are the one who is being asked to do examination and answer the questions, sometimes we have to interpret the X-ray or CT Scan. Then, after rounds, saya akan pergi ke patients yang ada findings and examine to feel it myself any findings.Apart from that, apa lagi hunting for procedures..bukan saja untuk memenuhkan logbook, tapi also to polish back our skills like venipuncture(ambil darah), inserting line, and sebagainya.


Kesimpulannya, to excel and to enjoy medicine, mmg we have to read, read and read, knowledge is number one, supaya kita tidak kering idea and can analyze, take part in the discussion, ask for any clarification or things which we are not clear, and be proactive, to show our interest..Then, indirectly, we will realize as a Muslim, betapa luasnya ilmu Allah..Subhanallah..lagi banyak kita tahu, we realize, lagi banyak yang kita tak tahu sebenarnya.Hm, semoga ilmu ini ilmu yang bermanfaat..bermanfaat dan kekal sampai kita bertemuNYA.InsyaAllah.


Medicine is very interesting for me.Alhamduillah..Okeh, nak sambung pembacaan ni...

Semoga Allah permudahkan jihadku dan mempermudahkan exam ku tak lama lagi.

Hari Khamis depan,InsyaAllah:)

Doakan yang terbaik buat ku ya sahabat-sahabat.

Moga ia bermanfaat unuk ISLAM kelak.

 
Design by Pocket Blogger Templates