Saturday, November 19, 2011

Baitul-Muslim dan Perubahan



Assalamualaikum wrt wbt,

Saya masih dalam Ortho mode^^

Pertama-tama kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana mengizinkan saya utk berkongsi sedikit pengalaman dalam kehidupan, yang sesungguhnya memberi makna, seterusnya menambahkan kematangan kita dalam mengenali kehidupan yang sementara ini untuk akhirat yang selama-lamanya.

Alhamduillah kerana Allah SWT memanjangkan umur saya, sudahpun 23 tahun, dan bakal naik ke 24 pada tahun hadapan yang tak lama sahaja lagi(apalah amal yang telah saya lakukan..)..Dan dilihat dan direnungi ya sahabat-sahabat, pelbagai fasa kehidupan yang berubah dengan pertambahan umur ini. Ramai sahabat-sahabat sepermainan saya yang telahpun berumah tangga( sahabat-sahabat rapat esp.)dan ramai yang telah mengandung serta mempunyai anak-anak, yang telahpun bekerja dan menyambung ke peringkat pembelajaran yang lebih tinggi, samada Master dan PhD. Begitulah kehidupan kita, masa berlalu, berubah dan tanggungjawab pun bertambah..
Hajat saya untuk menyentuh berkaitan rumahtangga,;(ehem; walaupun belum berpengalaman, tetapi saya belajar dari pengalaman orang lain ya!)

Selamat Pengantin Baru sahabat-sahabatku! Afeefah Saalihah dan pasangan, Izyan Ayuni dan beberapa pasangan lagi yang bakal mendirikan rumahtangga dalam masa terdekat.

Saya tumpang bahagia dan mendoakan moga-moga ia merupakan fasa perubahan hidup ke peringkat yang lebih baik; yakni dengan perkahwinan yang disulami mawaddah,rahmah dan keberkatan, maka kehidupan kita lebih-lebih lagi akrab dengan Pencipta. Kebahagiaan yang membawa anda,pasangan dan anak-anak anda ke syurga! Besar bukan, pengertiannya.

Sedikit perkongsian dalam kehidupanku sebagai pelajar Perubatan: Allah izin berpeluang mengambil history dari seorang patient Orthopaedic, yang berusia 15 tahun, masuk kerana accident motor dan kereta dan patah dua tulang kaki kanannya balik dari berbual kosong(atau katanya lepak-lepak) di kedai bersama kawan, dan sebagai rutin history taking, we have to ask Family History, Social History; dan adik ini datang dari broken family yang mana tidak dipedulikan oleh ibubapa,hidupnya seolah kosong,dan jahil akan agama; paling sedih banyak rahsia yang dikongsi menyentap hati ini akan peranan ibubapa. Ya, sahabat-sahabat.Yang saya ceritakan cuma sedikit namun cukup untuk saya katakan itu baru satu yang dikenalpasti dari beribu2 anak-anak di luar sana yang terjebak dalam kejahilan hidup tanpa Iman dan Islam. "Tarbiyatul Aulad"- merupakan satu yang sangat penting, dan bagaimana utk memulakannya? Seharusnya ia bermula dari diri setiap individu. Sekiranya kita tidak mampu mengurusi hidup sebaiknya, bagaimana kita mampu untuk mendidik anak-anak kita dengan ilmu Islam yang sebenar? Ayuh, perlengkapkan diri.

Another story, dari patient Ortho; yang mengalami sakit sendi sehingga tidak boleh bergerak selama 4 hari(terlantar dan dibawa ambulance ke hospital),berumur 76 tahun dan mengadu pada saya akan kesedihannya tidak berumahtangga. Katanya; saya menyesal tidak berkahwin dan mempunyai isteri dan anak, tiada siapa yang mahu menjaga saya, tiada siapa yang datang melawat saya. Dari sudut hati kecil saya; Ya MasyaAllah; sungguh anak, isteri,suami merupakan rahmat dan anugerah dalam kehidupan. Allah SWT telah menetapkan pengaturan hidup pada setiap makhlukNya dengan sebaik-baiknya. Maka, ikutilah Sunnah Baginda Rasulullah SAW dalam mendirikan rumahtangga.

Kesimpulan daripada 2 cerita yang saya bawakan:

1. Perkahwinan sungguh membahagiakan; unit-unit asas dalam keluarga yang akan membantu,menyayangi dan melengkapi hidup kita dalam perjalanan menuju Allah SWT. Perkahwinan yang lahir dari titik tolak yang betul, yakni dalam rangka berubudiyyah kepada Allah SWT adalah perkahwinan yang dipenuhi dengan keberkatan; di dalamnya ada unsur ketenangan, di dalamnya ada unsur kebahagiaan kerana mengamalkan suruhan-suruhan Allah SWT,faham akan tuntutannya seperti menghidupkan suasana membaca Quran,solat berjemaah dan sebagainya.

2.Ia juga satu faktor diri lebih dekat dengan Allah SWT; Sepertimana kita maklumi ; sebahagian daripada iman kita telah disempurnakan dengan perkahwinan. Dan segala interaksi yang berlaku antara pasangan membuahkan pahala, semuanya ada syarat:
Pasangan -pasangan tersebut haruslah memperlengkapkan diri dengan ilmu-ilmu agama(iman dan taqwa). Yang hasilnya membuahkan amal dan akhlak yang soleh,seterusnya memberi warna dan kebahagiaan dalam rumahtangga.

3. Pendidikan anak-anak bertitik-tolak pada pendidikan ibubapa.
Hadith Rasulullah SAW ada menyebut; anak-anak ibarat kain putih, ibubapalah yang berperanan mencorakkannya. Mari sama-sama kita hayati dan tadabbur Surah Al-Luqman; di situ tergambar tanggungjawab dan peranan anak-anak dan ibubapa.Sekiranya tidak dititikberat, rosaklah anak-anak tersebut. Nauzubillah.

Akhirul kalam, hehe..serius pula perbincangan saya, tetapi sungguh, ia isu yang serius, harus dipandang serius dan ayuh gerakkan diri utk berbuat sesuatu, banyakkan berbuat kebaikan, mendekatkan diri dengan Pencipta; yakni menjaga Hubungan dengan Allah (HDA) dan yang terpenting berdoa dan berdoa moga kita mendapat pasangan yang terbaik dari Allah SWT utk kita, pastikan mengutamakan syara' dalam kehidupan kita.

Dan yakin bahawa hikmah segala ketetapan waktu dan kemampuan dalam tangan Allah SWT, kita hanya mampu berusaha dan berdoa.Setiap manusia telah ada pengaturan hidup yang terbaik utk diri masing-masing berkaitan pasangan, kerana apa? Hikmahnya dalam pengetahuan Allah SWT.Yakinilah, dan yakini penyusunan dari NYA yang terbaik. Jaga HDA,Semoga terlahir kekuatan utk sebuah akhlak yang mendamaikan sahabat-sahabat dan orang-orang sekitar. Banyakkan berdoa ya..

Doakan saya juga yang sahabat-sahabat.^^

Semoga kalian dan saya dirahmati Allah SWT.

0 comments:

 
Design by Pocket Blogger Templates