Friday, October 14, 2011

Diri kembali!



Update diri: sudah menamatkan posting Paediatrics dan sedang melalui Posting Ortho.

Coretan hati

Alhamduillah,alhamduilah, dan alhamduillah, kerana dengan izin Allah SWT dapat juga saya mencoretkan sesuatu, dalam keterbatasan waktu dan mungkin minat diri ini yang hakikatnya kurang cenderung dalam bidang penulisan dan kata-kata.Maafkan diri ini

Pertama-tamanya, saya berhajat untuk berkongsi perihal hidup kita dan pengorbanan/perjuangan.

Hidup ini satu perjuangan. Pernah dengar bukan?
Ya, tak dapat dinafikan, ada masa kita sedar hakikat hidup kita di dunia dan ada masanya tidak.Apakah tujuan hidup kita di dunia? ALLAH. Utk mengabdikan diri pada Allah SWT bukan(Surah Adz-Zariyat:56)?* Yaitu menjadikan segala lapangan yang kita ceburi sebagai ibadah kepada Allah SWT,beserta hati dan akal yang tidak putus mengingatiNya.Syarat ibadah: diniatkan ikhlas keranaNya dan menepati syara'.Maka Allah SWT telah menyediakan satu sistem yang jelas dan lengkap yakni dengan menganugerahkan Al-Quran dan Sunnah buat kita. Betapa sayangnya Allah SWT pada kita.Tutup mata kita dan sebutlah alhamduillah,syukur ya Allah..
Mari sama-sama kita merasai,hayati dan merasai bahawa kita perlu membalas/melahirkan syukur atas nikmat-nikmat yang dipinjamkan buat kita.Alhamduillah ya Allah...

Hakikat ini yang tidak dirasai oleh masyarakat masakini.Masyarakat hari ini sangat jahil tentang ilmu agama, yang hanya diketahui solat,puasa,zakat, tetapi tidak mengamalkannya.Buktinya sahabat-sahabat, kita dapat lihat berbagai kerosakan yang terpampang di dada akhbar dan berlaku di sekeliling kita.Subhanallah! Kita berada di susasana Islam yang sangat janggal pada masyarakat masakini.Isu seks bebas,rogol,dadah, merokok,membunuh,sumbang mahram.Nauzubillah,tapi inilah realiti yang berlaku masakini.Sangat menyedihkan.

Hakikat Perjuangan yang sebenar

Bertitik-tolak dari kesedaran bahawa Islam sebagai penyelesaian masalah bagi semua perkara, mari sama-sama kita selami hakikat hidup kita yang sebenar.Kita harus bangkit, bangkit dari lena yang panjang. Jangan lagi bermalas-malasan.
Suburi iman kita dengan mencari bekalan-bekalan hati yaitu pengisian rohani yang berterusan. Mengapa ia penting sahabat sekalian? Kerana nature hati kita sentiasa berbolak-balik.Iman kita naik dan turun, dan ia sangat berhajatkan pada pengisian rohani. Sepertimana badan kita memerlukan makanan utk ditukarkan menjadi tenaga, hakikat iman ini ibaratan makanan hati yang ditukarkan menjadi hati yang sentiasa menjaga hubungan dengan Allah, hati yang segar,tenang dan melahirkan amal soleh yang berterusan, berterusan insyaAllah sampai kita pulang bertemu Allah SWT.Ya Allah, berilah kekuatan di atas kekuatan yang ada.

Mari sama-sama kita renungi, apakah kita hidup untuk melalui dengan CEMERLANGnya dalam degree, master, PhD,berkeluarga dan kerjaya begitu sahaja? Cukupkah hanya dengan menyibukkan diri utk urusan dunia,menjamin kepuasan hidup kita sehari-hari?Dan itu semua adalah perjuangan.Ya,ia perjuangan kerana wujud cabaran demi cabaran.

Solusi:

Hakikat perjuangan yang sebenar bagi diri yang mempunyai kefahaman yang sedikit,yang sedar bahawa, dengan melihat dunia masakini, kita sendiri dapat merasakan bahawa jahiliyyah di sekeliling kita sangat pekat..sangat pekat, utk kita melihat Muslim yang mengamalkan Islam yang sebenar sangat sedikit. Maka, katakanlah pada diri kita bangkitlah wahai diri. Lonjakkanlah azam mu utk merasai bahawa perjuangan sebenar bagi diri Muslim Mukmin ialah untuk tidak membiarkan masa rehat kita berlalu begitu sahaja.

Langkah-langkahnya:

1.Lengkapi diri kita dengan ilmu Islam.Hadiri program pembentukan diri,program-program Islam secara istiqamah.Yakini bahawa satu proses yang panjang akan dapat melenturkan hati utk memahami Deen Allah SWT dengan sebenar-benar kefahaman. Satu proses akan menghasilkan natijah.Tak dilupakan, Doa,usaha,tawakkal harus sentiasa bersama kita.
2.Jiddiyah dalam setiap perkara.Baik dalam ilmu dunia dan akhirat.

Akhir kalam

Post kali ini lebih kepada coretan rasa hati.Diri ini penuh kekurangan,dan hanya mampu berusaha untuk berlari-lari mengejar hidayah Allah SWT sentiasa agar jiwa ini sentiasa segar untuk belajar dan beramal.Ini lah hakikat hambaAllah SWT yang datang dahulu sebelum hakikat pelajar yang mempelajari ilmu Allah SWT.Tiada pemisahan jika hati kita tidak terpisah dari mengingati Allah. Rantaian tersebut harus sentiasa ada dan dikekalkan..Doa,doa dan doa.

Bagaimana?
Pastikan bahawa hati-hati ini sentiasa tertarik pada kebaikan dan duduk di dalam proses tarbiyyah,proses pendidikan jiwa.

'Sesungguhnya tarbiyyah itu bukanlah segala-galanya,tetapi segalanya dapat dicapai dengan tarbiyyah'
-Oleh itu, hati bersedia utk diproses dan berhajat utk tarbiyyah akan menghasilkan natijah.Marilah sama-sama berdoa moga ditetapkan iman dan hidayah Allah SWT.

Sekian sahaja dari saya.Wallahualam.Mg2 Allah tetapkan hati-hati kita dalam jalan yang diredhaiNYA sentiasa.Amin.

0 comments:

 
Design by Pocket Blogger Templates