Friday, July 29, 2011

~Besarnya Ibrah dari Kisah Tauladan ini!

CIRI – CIRI CALON PENGHUNI SYURGA

Dalam suatu majlis, Rasulullah SAW pernah memaklumkan bahawa akan datang seorang calon ahli syurga keluar dari satu pintu masjid. MasyaAllah, di luar jangkaan kerana sahabat itu kurang dikenali oleh para sahabat. Ia hanya penduduk biasa, bukan tokoh terkenal. Untuk mengetahui rahsia beliau dicalon sebagai penghuni syurga, lalu seorang sahabat , Abdullah bin Amr berniat memantau dari dekat sahabat tersebut. Beliau ingin tahu apakah keistimewaannya. Beliau lalu meminta izin untuk menginap di rumah sahabat tersebut selama tiga hari.Selama tiga hari itu, Abdullah bin Amr hampir tidak tidur memerhati takut tidak dapat meyaksikan keistimewaan yang dilakukan oleh sahabat tersebut.

Beliau dapati amalannya biasa sahaja, sama seperti sahabat- sahabat lain. Sebelum pulang, Abdullah bin Amr terus bertanya gerangan apakah yang menyebabkan tuan rumah itu tercalon sebagai ahli syurga. Jawabnya “ Wahai sahabat,seperti yang kau lihat dalam kehidupan seharianku. Aku adalah seorang Muslim biasa dengan amalan biasa juga. Namun ada satu kebiasaanku yang perlu aku kongsi kepadamu. Setiap kali sebelum tidur, aku berusaha membersihkan hatiku. Aku maafkan orang yang menyakiti hatiku dan aku buang semua dengki, dendam dan perasaan buruk sangka kepada semua saudara sesama Muslim. Hingga aku dapat tidur dengan tenang, ikhlas dan bersih hati. Barangkali itulah kelebihannya”. Inilah kelebihan orang yang kreatif dan inovatif. Mereka akan mendapat keuntungan yang lebih dalam hidup di dunia dan akhirat.

*Sama-sama islahkan dan bersihkan hati dan diri kita..Ramadhan yang menjelang,mg2 melembutkan hati2 kita utk menumpaskan nafsu dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa iAllah!Mari sama-sama kembali kepada fitrah yang sebenar-benarnya.Semoga kita berjaya dengan cemerlang dalam madrasah Ramadhan kali ini,focuss,set your goals and work them out.Amin Ya Rabb!

0 comments:

 
Design by Pocket Blogger Templates