Friday, July 29, 2011

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan!

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan!

Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa di samping beramal soleh dengan penuh keikhlasan dan keimanan agar kita keluar dari madrasah Ramadhan al-Mubarak dengan jayanya menjadi hamba-hamba Allah yang lebih beriman dan bertaqwa insyaAllah.

Rebutlah ganjaran sebanyak-banyaknya!.

Ramadhan kareem yang pasti datang dengan membawa jutaan rahmat dan keberkatan,janganlah abaikan.Rebutlah peluang –peluang untuk menyucikan hati/jiwa,mencerdaskan aqal kita dan menyihatkan jasad kita dengan amal-amal soleh dan pelbagai kebaikan-kebajikan seperti bersedekah,qiyammullail,solat sunat ,bertadarrus Al-Quran,berjaga di malam lailatul Qadr,menghadiri majlis ilmu dan sebagainya. Mudah-mudahan diganjari rahmat,mendapat keampunan dan syurga Allah SWT dengan hajat yang benar ikhlas untuk beribadah kepadaNya semata- mata.

Seperti firman Allah SWT dalam Surah Al-Kahfi: 110 yang berbunyi:
‘Barangsiapa yang mengharapkan perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Tuhannya’.

Semoga Ramadhan al-Mubarak 1432H menambahkan saham kita di akhirat nanti.Akhir kalam,Selamat menjalani ibadah puasa dengan sebaik-baiknya,semoga Allah SWT mempermudahkan niat kita dalam mencari keredhaanNYA.
Amin Ya Rabbal alamin.

-Petikan kalam dari Ibu tercinta! Ya, ibu..doakan anakmu..Amin InsyaAllah.

1st Ramadhan= 1st class for Year 5 (Paedatricss Posting..kena biasakan dengan budak-budak ni..hehe) Doakan!

~Besarnya Ibrah dari Kisah Tauladan ini!

CIRI – CIRI CALON PENGHUNI SYURGA

Dalam suatu majlis, Rasulullah SAW pernah memaklumkan bahawa akan datang seorang calon ahli syurga keluar dari satu pintu masjid. MasyaAllah, di luar jangkaan kerana sahabat itu kurang dikenali oleh para sahabat. Ia hanya penduduk biasa, bukan tokoh terkenal. Untuk mengetahui rahsia beliau dicalon sebagai penghuni syurga, lalu seorang sahabat , Abdullah bin Amr berniat memantau dari dekat sahabat tersebut. Beliau ingin tahu apakah keistimewaannya. Beliau lalu meminta izin untuk menginap di rumah sahabat tersebut selama tiga hari.Selama tiga hari itu, Abdullah bin Amr hampir tidak tidur memerhati takut tidak dapat meyaksikan keistimewaan yang dilakukan oleh sahabat tersebut.

Beliau dapati amalannya biasa sahaja, sama seperti sahabat- sahabat lain. Sebelum pulang, Abdullah bin Amr terus bertanya gerangan apakah yang menyebabkan tuan rumah itu tercalon sebagai ahli syurga. Jawabnya “ Wahai sahabat,seperti yang kau lihat dalam kehidupan seharianku. Aku adalah seorang Muslim biasa dengan amalan biasa juga. Namun ada satu kebiasaanku yang perlu aku kongsi kepadamu. Setiap kali sebelum tidur, aku berusaha membersihkan hatiku. Aku maafkan orang yang menyakiti hatiku dan aku buang semua dengki, dendam dan perasaan buruk sangka kepada semua saudara sesama Muslim. Hingga aku dapat tidur dengan tenang, ikhlas dan bersih hati. Barangkali itulah kelebihannya”. Inilah kelebihan orang yang kreatif dan inovatif. Mereka akan mendapat keuntungan yang lebih dalam hidup di dunia dan akhirat.

*Sama-sama islahkan dan bersihkan hati dan diri kita..Ramadhan yang menjelang,mg2 melembutkan hati2 kita utk menumpaskan nafsu dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa iAllah!Mari sama-sama kembali kepada fitrah yang sebenar-benarnya.Semoga kita berjaya dengan cemerlang dalam madrasah Ramadhan kali ini,focuss,set your goals and work them out.Amin Ya Rabb!
 
Design by Pocket Blogger Templates