Friday, October 8, 2010

Posting Internal Medicine ku.:))




Alhamduillah atas nikmat-nikmatMu Ya Allah yang tak terhingga...Nikmat untuk merasai peluang dan kesempatan as a medical student, memang sesuatu yang sangat-sangat disyukuri.Banyak kali je safiyah bertanyakan pada diri, betul ke safiyah ni nak jadi doktor ye?Hmm...selepas form 5, memang hajat nak jadi doktor kerana memang ada perasaan suka membantu,selain itu, diri sendiri melihat banyak figure2 contoh yang hebat iaitu daripada bidang kedoktoran,


Benarlah..,sumbangan seorang doktor sangat berharga, kerana doktor sememangnya dihormati, and apabila ditambah dengan kepakaran serta yang lebih utama kefahaman dan urgensi untuk menyampaikan kebaikan dan ajak masyarakat kepada Islam, that's the precious opprtunity given by Allah SWT, if Allah SWT telah meletakkan kita di posisi itu. Yakini lah sahabat- sahabat doktor ku sekalian, kita bukan sahaja dberi peluang untuk mengubati penyakit, malah mengubati hati-hati mereka. MasyaAllah..Untuk itu, setelah kita maklum akan kesan kita kepada mereka, we all really need to equip ourselves with ilmu2 Islam. Itu satu tanggungjawab yang BESAR buat kita.InsyaAllah...May our path will be guided by Allah SWT until we meet HIM.


Pengalaman ku di posting Internal Medicine sangat berharga. Sekejap je rasa masa berlalu, dah nak exam.Selalu ja, muhasabah...what have I done within that time??MasyaAllah...

Clerking patient pagi-pagi amat menyeronokkan, segalanya penuh dengan pengajaran, dan jika sesuai disisipkan nasihat- nasihat berguna, ya, saya takkan lepaskan peluang itu. kemudian saya akan cuba sedaya untuk alert during wardrounds, asking questions to the MOs, or HOs, dengan specialists, jarang sikit la sebab kebanyakannya sibuk dan nak kejar masa, usually we are the one who is being asked to do examination and answer the questions, sometimes we have to interpret the X-ray or CT Scan. Then, after rounds, saya akan pergi ke patients yang ada findings and examine to feel it myself any findings.Apart from that, apa lagi hunting for procedures..bukan saja untuk memenuhkan logbook, tapi also to polish back our skills like venipuncture(ambil darah), inserting line, and sebagainya.


Kesimpulannya, to excel and to enjoy medicine, mmg we have to read, read and read, knowledge is number one, supaya kita tidak kering idea and can analyze, take part in the discussion, ask for any clarification or things which we are not clear, and be proactive, to show our interest..Then, indirectly, we will realize as a Muslim, betapa luasnya ilmu Allah..Subhanallah..lagi banyak kita tahu, we realize, lagi banyak yang kita tak tahu sebenarnya.Hm, semoga ilmu ini ilmu yang bermanfaat..bermanfaat dan kekal sampai kita bertemuNYA.InsyaAllah.


Medicine is very interesting for me.Alhamduillah..Okeh, nak sambung pembacaan ni...

Semoga Allah permudahkan jihadku dan mempermudahkan exam ku tak lama lagi.

Hari Khamis depan,InsyaAllah:)

Doakan yang terbaik buat ku ya sahabat-sahabat.

Moga ia bermanfaat unuk ISLAM kelak.

Friday, October 1, 2010

Sedikit Perkongsian...ALIM MUJAHID


ALIM MUJAHID


Alhamduillah, saya berkesempatan untuk mendengar penyampaian Dr Azizan berkenaan ALIM MUJAHID di kampus Isnin lalu. Benarlah Al-Quran ada meneybut dalam surah Al- Insyiirah- (Dlam setiap kesulitan ada kemudahan).Alhamduillah...


Motivasi buat diri ini khasnya, dengan mukaddimah yang bermakna untuk diri ini renung-renungkan:


ALIM-

bermakna berilmu pengetahuan. Dan apa yang sama- sama kita fahami, ilmu lah yang terpenting buat diri kita. Ia menyuluh jalan kehidupan, bukan hanya dalam konteks cemerlang akademik, tetapi yang lebih penting untuk sama-sama kita rasai, dengan ilmu kita mengenali Allah SWT sebagai Rabb dan Ilah kita,dan Rasulullah SAW sebagai pesuruh Allah , kita mengenali Islam, mengetahui petunjuk Al-Quran dan pada hari ini dan saat ini dapat merasai nikmat Iman dan Islam. Inilah dia kenikmatan mendapat hidayah Allah SWT dan mempelajari ilmu Islam. Semoga kita istiqamah meniti perjalanan sebagai seorang Muslim sehari-hari.


Mungkin apabila kita tidak menyedari kepentingan ilmu itu, kita tidak sungguh-sungguh untuk mempelajari dan menghargai nikmat hidup sebagai seorang Muslim. Contoh yang paling mudah, lihat sahaja sahabat-sahabat Muslim kita di seantero dunia, ramai yang Muslim-beriman pada Allah, tetapi tidak mematuhi suruhan-suruhan Allah SWT sepenuhnya, mungkin kerana tidak mengetahui akan ilmu-ilmu Islam seluruhnya, dan merasakan Islam itu cukup sekadar tuntutan Rukun Islam . Solat 5 waktu, dasbgainya tetapi tidak merasai kenikmatan Islam itu dalam kehidupan.Masih lagi melakukan laranagan- larangan Allah SWT seperti membuang anak, minum arak dan berjudi. Nauzubillah.


Itulah sedikit yang saya hendak sentuh.Hmm, teringat kata yang berbunyi;


'Orang yang melalui proses, maka dialah yang sukses'


Maka seharusnya,ingin saya menyuarakan bahawa, tuntutan untuk kita serius melalui proses menuntut ilmu Deen Allah SWT seharusnya selari dengan serius nya kita meningkatkan ilmu akademik kita. Kerana sesungguhnya ia tidak ada perbezaan. Kedua-duanya merupakan ilmu Allah, dan seharusnya mendekatkan diri kita dengan Pencipta. Cuma hakikatnya, jahiliyyah telah membutakan mata dan hati kita untuk merasai kedua aspek itu adalah satu hakikatnya.Hm, begitulahkan sahabat2, maka marilah sama-sama kita bersungguh-sungguh in 2 aspeks simultaneously, kerana sungguhlah, orang yang melalui proses yang akan sukses.InsyaAllah.


Antara penyampaian Dr Azizan:


1. Merasai bahawa kita merupakan cream of the society.dan seharusnya kita merasai bahawa semua sumber ilmu ialah dari Allah SWT.Harus kita sama-sama cari, gali sunguh-sungguh!

Acapkali kita dengari; Hikmah itu barang Mukmin yang tercicir


Maka ,di manapun kita mendapatinya, ia adalah milik kita; marilah sama-sama kita usahakan untuk kuasai ya!

Sehingga akhirnya; kita dapat merasai bahawa Allah SWT lah yang mengajar kita,bukan lah datang dari kepandaian kita semata-mata.


2.Benarlah;' Sesungguhnya setiap amal tergantung kepada niat'-Hadith Sohih

-Maka, marilah kita berniat belajar kerana Allah SWT;pasti sungguh-sungguh!

-Rasulullah SAW menasihati Muadz b Jabal: Pelajarilah ilmu pengetahuan kerana mempelajarinya adalah hasanah,mengkajinya adakah tasbih, mencarinya adalah jihad, menuntutnya adalah ibadah, memberi adalah sedekah, mengajarkannya adalah korban dan mendiskusinya adalah qiyam'

-Subhanallah..; apakah kita hanya mendengarkannya atau menghayatinya dan merasai urgensi kita untuk lebih bersungguh-sungguh?

-Tapi hari ini, hakikatnya kita mengalami pergeseran motif ; yakni belajar kita matlamatnya adakah MATERIALISTIK atau MARDHATILLAH?

-Marilah sama-sama kita berhenti sebentar dan muhasabah...:)


-Alim Mujahid merupakan misi bagi setiap pelajar Muslim.

-Alim itu tuntasnya memberi makna: penguasaan dalam ilmu,dan ia merupakn jihad kita, maka harus kita sungguh-sungguh!!

-Matlamat kita; mencapai yang terbaik dalam lapangan masing-masing.


Mujahid- memberi pengertian, bersiap diri dengan mereka yang menegakkan Islam.

Mengapa ya? Ya , kerana inilah tamayyuz(perbezaan) kita dengan orang yang bukan Islam.

Muslim Mukmin seharusnya berbeza.

Yakini bahawa kita akan dimuliakan Allah SWT dengan kerja-kerja Islam.

Alim=>Muallim=>Daie


Secara ringkasnya:


Apakah visi Alim Mujahid?


1.Teguh dalam akidah

2.Jernih dalam fikrah

3.Cemerlang akademik

4. Aktif dalam dakwah

5. Menggunakan kerjaya sebagi wasilah jihad.


Huraiannya akan safiyah post di post akan datang ya!

InsyaAllah.


Sama-sama doa moga inilah juga misi kita.

Semoga Mardhatillah menjadi matlamat kita!

 
Design by Pocket Blogger Templates